in

Lagu TERUS MENCINTAI Siti Nordiana Ungguli Carta Radio Popular

Lagu pertama ciptaan sepenuhnya penyanyi Siti Nordiana Alias mencatat sejarah membanggakan apabila mengungguli beberapa carta radio tempatan beberapa minggu berturut-turut.

Ketika dilancarkan awal tahun ini, Terus Mencintai pantas menduduki tiga tempat teratas lagu paling banyak dimuat turun di platform iTunes.

siti-nordiana

“Alhamdulillah, sungguh tidak dijangka minggu ini merupakan minggu ke enam (6) berturut-turut Terus Mencintai menjadi juara Carta Era 40 Era Fm.

Manakala, juara minggu kedua (2) carta Hits Gegar dan minggu ke tujuh (7) di carta Top 40 di Hot fm,” ujarnya.

Kejayaan lagu berkenaan mendominasi carta radio tempatan dikira berdasarkan pilihan pendengar sepanjang minggu.

Selain itu, lagu berkenaan turut menjadi sepuluh lagu teratas di carta RIM yang dikira menerusi kesemua aplikasi streaming (dalam talian).

Bukan itu sahaja, lagu Terus Mencintai turut menjuarai carta Muzik-Muzik 32 dan bakal bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 pada minggu kedua Ahad ini.

Sementara itu, muzik video yang dilancarkan pada Mac lalu kini sudah mencecah hampir 7 juta tontonan.

“Pencapaian ini sebenarnya di luar daripada sasaran sebenar saya semasa menghasilkan lagu ini. Sambutan yang luar biasa ini menunjukkan peminat menerima dan menyokong kehadiran kali kedua saya dalam industri.

“Lagu Terus Mencintai ini juga saya buat mengikut permintaan peminat yang mahu nyanyikan lagu genre ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Nordiana berkata, dia masih belajar untuk mencipta lagu terbaik dan mengikut selera peminatnya.

Tambahnya, sambutan luar biasa ini juga membakar semangat dan menjadi kekuatannya untuk mencipta lagu untuk single seterusnya.

“Insya-Allah, saya jadi lebih bersemangat untuk menghasilkan lagu seterusnya yang mana akan dikeluarkan akhir tahun ini.

“Walau bagaimanapun, saya akui ada perasaan gementar terhadap jangkaan peminat untuk penghasilan lagu baru ini.

SITI NORDIANA / SIDANG MEDIA MUZIK MUZIK SEPARUH AKHIR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scha Alyahya Dilantik Jadi Duta Jenama NeXT X1 dari Maxis

11 Juta Penonton Mencipta Fenomena TITIAN CINTA