in , ,

Teruja Sangat! Ini Pandangan Pertama Saat Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Buat anda yang gemar dengan produk Samsung, rasanya rata-rata sudah tahu dan teruja bahawa Samsung telah melancarkan dua model telefon pintar dengan skrin boleh lipat, iaitu Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3. Jadi, dalam entri ini, Budiey nak ajak anda semua ‘jamu mata’ apakah yang ada dalam kotak Galaxy Z Flip3 5G. Nah! Ini adalah pandangan pertama Budiey semasa buka kotak peranti ini! Jom saksikan!

Rasanya seluruh Malaysia dah tahu bahawa, Samsung baru sahaja melancarkan dua telefon pintar terbaru iaitu Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3. Galaxy Z Flip3  lebih kecil berbanding Galaxy Z Fold3. Namun dari segi harga Galaxy Z Fold3 lebih mahal dan sesuai untuk anda yang suka menggunakan skrin yang lebih besar. 

Galaxy Z Fold3 and Galaxy Flip3 Key Visual (2)

Yang pastinya, kedua-dua smartphone lipat baru ini membuat ramai teruja dengan ciri-ciri yang lebih hebat dengan rekaan terbaik pada kelasnya yang tersendiri.

Apa Yang Ada Dalam Kotak?

Sebelum menulis entri ini, Budiey telah menggunakan Samsung Galaxy Z Flip3 selama lebih kurang seminggu dan sepanjang penggunaan tersebut, Budiey dapat rasakan, Budiey cepat untuk menyesuaikan diri dengan ciri-ciri ‘lipat-melipat’ yang ada pada peranti ini. Yelah, ada beberapa orang kawan Budiey yang tanya, berapa kali dalam sehari, Budiey akan lipat telefon bimbit ini memandangkan kita sentiasa melihat kemaskni terbaharu di laman sosial dan juga memeriksa emel dan mesej yang setiap minit akan ada sahaja yang sampai. 

Teruja Sangat! Ini Pandangan Pertama Saat Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 ini dibalut dengan rapi serta kekemasannya bersifat premium dengan plastik pelindungan. Di dalam kotak turut disertakan dengan Kabel Data, Kad jaminan, Buku Manual dan Pin Ejeksi. 

Buka Kotak Samsung Galaxy X Flip3

Kepala Pengecas Tidak Disertakan

Semasa buka kotak, Budiey mendapati tiada kepala pengecas atau adapter disertakan dan hal ini tidak menjadi masalah besar bagi Budiey kerana kat rumah ni dah banyak kepala pengecas. Keadaan ini sudah dapat dijangkakan kerana Samsung ada mengumumkan prinsip mereka untuk kebaikan alam sekitar. 

Ya, oleh kerana untuk mengekalkan usaha melestarikan alam sekitar, seperti mana yang kita lihat dalam kotak siri Galaxy S21 sebelum ini, kedua-dua telefon pintar baru ini tidak disertakan dengan kepala pengecas di dalam kotak. Malah, tiada juga fon telinga diberikan. Bagi Budiey tiada fon telinga pun tak apa sebab Budiey akan guna Galaxy Buds2. Lebih puas hati, betul tak?

01_098Galaxy Z Flip3 Color Combo KV(5G)_1P_CMYK_210617_L

Pilihan Warna Yang Bergaya

Dari segi warna pula, ada empat pilihan warna iaitu Cream, Lavender, Phantom Black, dan Green. Jadi, sebagaimana yang korang tengok, Budiey pilih warna Cream sebab warna ini lebih minimal dan simple tapi tetap bergaya. 

Obses Nak Lipat & Buka Semula

Selain rekaan, sudah tentu Budiey tertarik dengan skrinnya yang berukuran 6.7 inci. Pertama kali melipat Samsung Galaxy Z Flip3, Budiey sangat kagum dengan ‘feel’ yang cukup ‘smooth’. Tanpa sebarang geseran atau sebarang bunyi yang tidak menyenangkan, malah kita akan rasa ketagih untuk buka tutup-buka tutup. 

Jika perhatikan betul-betul, bahagian sisi kini lebih rata dengan bahagian engsel dikemaskini bagi membolehkan peranti mempunyai saiz fizikal lebih nipis pada kedudukan tertutup.

Teruja Sangat! Ini Pandangan Pertama Saat Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Skrin Yang Mantap

Skrin utama Dynamic AMOLED memberikan resolusi 2,640 x 1,080 piksel, kecepatan refresh layar tinggi 120Hz, dan perlindungan Gorilla Glass Victus.

Apa yang membezakan model ini, Budiey dapati ia  dilengkapi dengan skrin kecil berukuran 1.9 inci di bahagian luar, yang memiliki resolusi 512×260 piksel. 

Kalis Air IPX8

Samsung Galaxy Z Flip3 dilengkapi dengan IPX8 untuk perlindungan terhadap air dan debu. Jadi, korang tak perlu risau kalau-kalau telefon bimbit ini terkena percikan air atau tenggelam dalam air untuk jangka masa yang pendek dengan piawaian ini.

Speaker & Audio

Samsung Galaxy Z Flip3 memiliki speaker stereo, dan bunyi surround dengan teknologi Dolby Atmos, yang merangkumi Dolby Digital, Dolby Digital Plus.

Kamera & Ciri Fokus

Samsung Galaxy Z Flip3 mempunyai kamera sudut lebar 12MP dan persediaan kamera belakang dua sudut ultra lebar 12MP.

Secara ringkas tentang kamera pula, apa yang Budiey boleh katakan, kamera yang ada pada Samsung Galaxy Z Flip3 ini memang ‘perfect’. Kamera depan dengan 10MP senang untuk selfie. Penyediaan kamera belakang dilindungi oleh perlindungan Corning Gorilla Glass dan ia menawarkan zoom digital 10x, rakaman HDR10 + dan ciri penjejakan fokus automatik.

Teruja Sangat! Ini Pandangan Pertama Saat Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Memori & Pengecasan

Samsung Galaxy Z Flip3 berkongsi cip Snapragon 888, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Pengecasan berwayar adalah hanya 15W dengan nirwayar pula 10W serta pengecasan berbalik 4.5W.

Harga & Penyimpanan

Galaxy Z Flip 3 telah dilancarkan dalam dua varian yakni RAM 8GB + penyimpanan 128GB dan RAM 8GB + penyimpanan internal 256GB.

Model penyimpanan Galaxy Z Flip 3 5G 8GB RAM +128GB berharga RM3,999 sedangkan model penyimpanan 8GB RAM + 256GB berharga RM4,199. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Shahrol Shiro Mengidap Penyakit Buah Pinggang di Tahap Kronik

TikTok Malaysia Melancarkan Lagu Original Pertama, PERIHAL DIRIMU Nyanyian Haikal Farid & Weswey