in , ,

Terpaksa Ditidurkan, Sissy Imann Mohon Doa & Maaf dari Semua 

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann memaklumkan bakal menjalani satu prosedur kesihatan yang memerlukannya terpaksa ditidurkan buat seketika.

Sissy, 27, dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini turut memohon semua pihak untuk mendoakan urusannya dipermudahkan dan tidak bertanya lanjut keluarganya mengenai perkara itu.

“Hari ini adalah hari yang penting buat saya. Saya bakal menjalani satu prosedur di mana saya akan ditidurkan buat seketika.

“Saya amat menghargai jasa baik semua untuk tidak bertanya lanjut keluarga saya mengenai perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran sama, penyanyi Mungkin Kamu itu turut memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata serta perbuatannya yang pernah menyakiti hati sesiapa.

“Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, insya-Allah,” katanya.

Sissy bagaimanapun, tidak memperincikan butiran prosedur yang bakal dijalaninya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti seperti Shiha Zikir, Sherry Al Hadad, Marsha Milan Londoh, Uyaina Arshad dan Sharifah Shahirah serta peminat menitipkan kata semangat, selain mendoakan kesejahterannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lesti Rizky

Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar, Tarik Balik Laporan Polis

Puteri Balqis

Puteri Balqis Terpaksa Makan Ubat Sebab Trauma Masa Silam