in , ,

Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO di Dewan Filharmonik PETRONAS

Nikmati karya muzik orkestra yang indah daripada komposer-komposer tempatan apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) berkolaborasi bersama Persatuan Komposer Kolektif (atau Malaysian Composers Collective – MCC) dalam sebuah koleksi audio digital bertajuk MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Vol. 1. Koleksi audio digital ini kini tersedia di saluran YouTube MPO, MPO TV bermula 31 Mei 2021.

Siri koleksi audio digital ini menampilkan karya-karya orkestra klasikal oleh komposer-komposer Malaysia di bawah naungan MCC seperti Vivian ChuaJohan OthmanNg Chong LimAdeline Wong dan Ahmad Muriz Che Rose.

Sejumlah 11 buah karya ditampilkan dalam siri koleksi audio digital ini yang kesemuanya pernah dipersembahkan oleh MPO pada acara MPO Forum Untuk Komposer Malaysia pada tahun 2003 hingga 2006. Diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS, projek ini telah menyediakan platform bagi komposer tempatan memanfaatkan integrasi dan interaksi intensif bersama pemuzik dan tutor MPO, dan para penonton.

Print

Antara karya simfonik yang dipersembahkan dalam koleksi audio digital ini adalah Mercu Kegemilanganoleh Vivian Chua (karya yang dicipta sempena ulang tahun ke-20 MPO) dan Bertabuh Kala Senja oleh Ahmad Muriz Che Rose (sebuah karya yang memberi gambaran antara senja dan hari yang baru). Antara karya lain ialah Ittar ciptaan Johan Othman (yang menyatukan idea tarian mitos dan daya tarikan wangian), Rimba oleh Ng Chong Lim (mengisahkan keindahan hutan hujan tropika) dan Snapshots oleh Adeline Wong (diilhamkan dari novel The Lovely Bones oleh Alice Sebold).

Koleksi audio digital ini merupakan usahasama MPO dan MCC untuk menghargai karya orkestra yang dihasilkan oleh komposer tempatan, dan menyediakan platform di pentas yang berprestij serta memupuk bakat mereka untuk terus berkembang dan bersinar. 

Ditubuhkan pada tahun 2007, MCC telah menjadi peneraju utama dalam mempromosikan bakat komposer – komposer tempatan di dalam dan luar Malaysia. Komposer MCC telah mewakili Malaysia di Young Composers Competition dan Asian Composers League Festival. MCC juga telah melancarkan pelbagai inisiatif, antaranya Young Composers Workshop dengan kerjasama bank HSBC (2008) dan KL Contemporary Music Festival (2009) bersama Goethe Institut.

Ng Chong Lim
Ng Chong Lim

Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram dan YouTube).

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPOwww.mpo.com.my

Facebook dan Instagram: malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Setiap Setengah Jam Polis Datang’, Peserta Program Jawab Dakwaan Tak Ikut S0P

Disney+ Hotstar Gives An All-Access Pass To Disney’s Beloved Attractions