in , ,

Terlalu Sibuk Dengan Urusan Kerja, Muaz Fitri & Qaseh Terpaksa Tangguh Kahwin

Pelakon, Muaz Fitri Maslan, 32, dan tunang yang juga pengurusnya, Qaseh Anita, 47, terpaksa menangguhkan lagi perancangan perkahwinan mereka disebabkan kesibukan karier masing-masing.

Pelakon, Muaz Fitri Maslan, 32, dan tunang yang juga pengurusnya, Qaseh Anita, 47, terpaksa menangguhkan lagi perancangan perkahwinan mereka disebabkan kesibukan karier masing-masing.

Memetik Harian Metro, Qaseh Anita berkata, dia dan Muaz memang sibuk dengan urusan kerja yang memerlukan mereka akur menangguhkan perancangan berkahwin itu walaupun sudah setahun bertunang pada 12 Julai tahun lalu.

“Alhamdulillah, kami masih lagi berstatus tunang. Tapi, untuk majlis nikah belum dapat dilangsungkan buat masa sekarang kerana kami berdua betul-betul sibuk dengan kerja.
“Saya kini sibuk dengan urusan penganjuran konsert penyanyi Lah Ahmad di Istana Budaya tidak lama lagi. Sekarang saya perlu menguruskan acara sidang media, penjualan tiket dan sebagainya.
“Memang banyak kerja yang harus diutamakan dulu. Begitu juga dengan Muaz yang terikat dengan penggambaran drama Malang Si Puteri untuk Astro sehingga tahun depan.

– Qaseh Anita

Anita yang juga ibu tunggal seorang anak lelaki berkata, dia dan Muaz sepakat untuk memberi fokus kepada karier berikutan kehidupan berumah tangga memerlukan sumber kewangan stabil antara pasangan.

“Selepas berhadapan penularan Covid-19 selama dua tahun, baru sekarang sebenarnya kerja-kerja industri seni aktif semula. Alhamdulillah, saya dan Muaz nampaknya kami dianugerahkan rezeki tidak putus oleh Allah dalam karier.

“Selain sibuk berlakon, Muaz juga baru-baru ini dipilih menandatangani kontrak sebagai duta pakej umrah dengan syarikat Lavender Holidays,” katanya berasal dari Felda Serting, Negeri Sembilan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ini Sangat Biadap,” Ibu Ameera Khan Kesal Anak Dituduh Terlibat Judi

ABBY ABADI

Abby Abadi Bidas Tuduhan Pengguna Tiktok, Nafi Dalam Kesedihan