in ,

Tergempar! PM Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid-19 Hari Ini

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas Covid-19 pada Sabtu, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitter beliau @AnnuarMusa pada Jumaat.

“Besok YAB PM sendiri pengerusikan mesyuarat khas Covid-19… Semoga Ada tindakan yang tegas dan segera esok…,” tulisnya di laman Twitter.

– Twitter @AnnuarMusa
Tergempar! PM Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid-19 Hari Ini

Ciapan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi mesyuarat berkenaan, termasuk pihak yang terlibat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 287 kes pada Jumaat. 

Dalam perkembangan lain, Free Malaysia Today melaporkan Anggota Parlimen Klang Charles Santiago sebagai berkata, dia dan 64 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah itu menggesa agar sekolah ditutup susulan peningkatan kes Covid-19.

Ia selepas dua pelajar SMK Pandamaran Jaya dilaporkan dijangkiti virus itu dan beberapa lagi telah diarahkan menjalani kuarantin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Positif koronavirus, Donald Trump Diterbangkan ke hospital

Syarikat Produksi Berhutang Dengan Istana Budaya Diseru Tampil