in ,

Tentang Konsert Jelajah Maher Zain di Malaysia

Pada jam 2 petang, hari Rabu 9 Januari, sidang media Maher Zain Malaysia Tour 2019 telah berlangsung di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Sidang media ini diadakan adalah untuk mewar-warkan tentang konsert jelajah Maher Zain di Malaysia bermula 9 hingga 17 Mac depan di empat lokasi berbeza.

Acara tersebut turut disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Konsert Maher Zain

Selepas kali terakhir mengadakan konsert di Dataran Putrajaya di sini, lima tahun lepas, Maher Zain akan kembali bertemu peminat tanah air pada konsert jelajahnya, Mac ini.

Konsert ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ bakal bermula pada 9 Mac ini di  Axiata Arena di Kuala Lumpur pada 9 Mac, sebelum diteruskan ke Stadium Pasir Gudang, Johor pada 15 Mac, SPICE Arena, Pulau Pinang pada 16 Mac dan Kota Kinabalu, Sabah, pada 17 Mac.

Penyanyi antarabangsa, Maher Zain dengan rendah hati mengakui kejayaan yang dikecapi selama ini datang daripada Allah dan hasil kerja keras orang sekelilingnya.

Maher, 38, berkata dia percaya sokongan dan kasih sayang yang diberikan peminat adalah petanda untuk beliau melakukan yang lebih baik selepas ini.

Konsert Maher Zain

“Ada beberapa sebab saya mendapat kejayaan selama ini. Pertama, album pertama pada 2009 dikeluarkan tepat pada waktunya dan ia diterima peminat.

“Selain itu, sudah tentu pihak pengurusan yang bagus dan mempunyai visi serta kerja keras selama ini yang menjadi tunjang utama kejayaan saya.

“Saya juga percaya, kejayaan itu datang daripada Allah. Saya tak tahu sangat tapi apa yang boleh saya kata, saya sangat gembira dan hargai kasih sayang daripada peminat.

“Sayang yang mereka berikan itu adalah petanda Allah untuk saya lakukan yang lebih baik selepas ini,”

– Maher Zain

Menurutnya, konsert tersebut merupakan permulaan untuk dia mengadakan lagi siri jelajah ke negeri-negeri lain.

“Sebenarnya kami ingin lakukan di banyak lokasi tapi Insya-Allah ini hanya permulaan sebab selepas ini kami akan terus adakan jelajah ke negeri lain pula.

“Insya-Allah saya janjikan konsert jelajah ini akan memberi kenangan indah kepada peminat,”

– Maher Zain

Konsert jelajah akan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil (9 Mac) dan kemudian lokasi seterusnya di Pasir Gudang, Johor (15 Mac).

Manakala, pada 16 Mac depan konsert tersebut akan diadakan di Spice Pulau Pinang dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac).

Maher yang kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada tiga tahun lalu sempena kelahiran album, One, dijangka menyampaikan lebih 20 lagu sepanjang dua jam konsert berlangsung.

Semasa berada di negara ini, Maher ingin menikmati sate dengan kuah kacang kerana beliau begitu menggemarinya.

Maher, yang menghasilkan single terkini, Huwa AlQuran, tujuh bulan lepas, berkata konsert jelajah itu akan menampilkan pelbagai lagu popularnya dan beliau berharap peminat akan terhibur dengan persembahannya.

“Sewaktu saya di atas pentas, saya dapat melihat pelbagai emosi peminat, ada yang tersenyum, ada yang menitiskan air mata dan ada yang bagaikan sedang berfikir… mungkin berdoa,”

– Maher Zain

Maher turut merakamkan beberapa lagu popularnya dalam bahasa Melayu pada  tahun 2011, iaitu InsyaAllah dan For The Rest Of My Life (Sepanjang Hidup).

Pada 2016,  beliau datang ke Malaysia untuk mempromosikan album ketiganya yang dikenali sebagai ‘One’ dalam acara berskala kecil.

Semasa ditanya tentang kemungkinan menghasilkan sebuah album penuh lagu dalam bahasa Melayu, Maher berkata beliau belum ada sebarang perancangan, namun tidak menolak kemungkinan walaupun beliau tidak bertutur dalam bahasa Melayu.

Beliau juga menyanyi dalam bahasa lain, seperti Turki, Perancis dan Urdu.

Maher Zain dikenali dengan lagu seperti Insha Allah, Thank You Allah, The Chosen One dan Palestine Will Be Free daripada album perdananya, terbitan 2009.

Sumber: Mstar Online & Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV1 Dokumentari Jungle Planet

25th Annual Screen Actors Guild Awards® Nominations: Complete List