in , , ,

Tentang Drama Lestary: PINK SMILE Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina

Siapa sangka ciri-ciri istimewa seseorang mampu menjadi inspirasi kepada yang lain. Begitulah karenah Fattah Amin yang dikatakan telah mencipta sebuah menu pencuci mulut di kafe miliknya yang diinspirasikan daripada senyuman Sweet Qismina.

Sebenarnya Duncan Cafe Fattah Amin ini akan mula dibuka untuk orang awam pada 31 Julai dalam drama Lestary: Pink Smile di TV3. Lestary: Pink Smile ini merupakan sebuah drama 20 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd. di bawah arahan Ayie Mustafa. Drama ini dibintangi oleh Fattah Amin, Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil dan ramai lagi.

Drama Lestary: Pink Smile ini adalah kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe. 

Tentang Drama Lestary: Pink Smile Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina

Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya. 

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan. 

Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius? Saksikan drama Lestary: Pink Smile untuk dapatkan jawapan persoalan-persoalan ini. Drama Lestary: Pink Smile akan bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat mulai 31 Julai, pada pukul 9.00 malam. Dapatkan maklumat lanjut drama ini melalui portal hiburan xtra.com.my dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Instagram, Facebook, dan Twitter.

Tentang Drama Lestary: Pink Smile Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina
Tentang Drama Lestary: Pink Smile Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina
Tentang Drama Lestary: Pink Smile Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina
Tentang Drama Lestary: Pink Smile Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

Qatar Executive Introduces The Diamond Agreement