in

[TRENDING] Video Temubual Datuk Najib Razak Bersama Al-Jazeera 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat gagal mengawal perasaan ketika ditemu bual organisasi media antarabangsa Al Jazeera. 

Najib Razak beberapa kali gagal mengekalkan sifat tenang apabila menjawab soalan wartawan, Mary Ann Jolley dalam program 101 East, hari ini.

Dalam temu bual yang berdurasi 25 minit itu, Najib sekali lagi mempertahankan diri sebagai tidak bersalah dalam beberapa tuduhan termasuk penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Soalan Panas dari Wartawan

Najib mempertahankan dirinya menerusi temu bual khas yang dikendalikan wartawan Mary Ann.

Mary Ann berkata, antara soalan yang ditanya kepada Ahli Parlimen Pekan itu adalah perkara berkait dengan dirinya termasuk ‘berlian merah jambu’ dan ‘derma RM2.6 bilion’.

Malah, Najib juga mengakui secara terbuka bahawa beliau tidak menyesal mengusir pengacara rancangan tersebut (Mary Ann Jolley) dari Malaysia pada 2015.

“Baguslah kami usir anda. Anda hanya menyibuk. Di negara ini kami tiada toleransi terhadap (perbuatan) mereka-reka penipuan,” katanya.

Mary Ann pernah diusir kerana membuat liputan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Berikut merupakan temu bual Najib dan Mary Ann:

Najib: Kes pembunuhan Altantuya melalui prosiding Mahkamah Persekutuan. Saya sudah dibersihkan melalui proses perundangan sepenuhnya. Jika anda tanya Ketua Polis ketika itu, beliau akan sahkan bahawa saya tidak terlibat.

Mary Ann: Saya telah diusir dari Malaysia pada Jun 2015 ketika melakukan pengambaran berita tentang kes pembunuhan Altantuya, mengapa anda mengusir saya?

Najib: Pengusiran anda adalah perkara yang baik kerana anda menganggu. Melakukan pembohongan adalah sesuatu yang kita tidak mahu bertoleransi di Malaysia.

Mary Ann: Saya tidak membuat sebarang pembohongan, saya hanya mahu menemubual anda. Saya tidak mempunyai agenda politik di negara ini Saya cuba fahami perkara sebenar.

Najib: Ya, tetapi cara anda bertanya soalan seolah-olah saya ini terlibat dalam kes berkenaan. Saya sudah beritahu saya tidak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Altantuya sama sekali.

Mary Ann: Hanya kerana saya menulis berita tentang kes pembunuhan Altantuya di negara ini…

Najib: Keputusan itu (pengusiran) dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka tidak mahu keadaan kucar-kacir di negara ini. Saya serahkan kepada mereka.

Mary Ann: Kami dapat tahu arahan itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pejabat anda.

Najib: Saya tidak terlibat dalam membuat keputusan itu. Apa yang saya tahu saya tidak bersalah dalam kes Altantuya.

Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kes Pulak Elyana Padam Akaun Instagram?

Hetty Sarlene Sebak Nyanyi MAWAR PUTIH UNTUK MAMA