in ,

Temubual Eksklusif Bersama CRISTIANO RONALDO Duta SACOOR BROTHERS

TEMUDUGA: Dalam tahun yang sama, anda telah memenangi anugerah Kasut Emas dan Ballon d’Or. Adakah boleh dikatakan tahun 2014 adalah tahun terbaik dalam kerjaya anda?

CRISTIANO: Boleh dikatakan, ya. Untuk individu dan berpasukan, ia mungkin tahun terbaik saya. Tetapi saya fikir saya melalui tahun yang serupa di Manchester dan juga di Real Madrid. Sebab itulah saya selalu membuat penilaian positif, terhadap kedua duanya berpasukan dan individu. Mungkin lebih positif tahun ini kerana kita memenangi pertandingan Liga Juara Juara dan Super Copa… Ini mungkin tahun terbaik dalam kerjaya saya.

Cristiano Ronaldo Bersama Sacoor Brothers

TEMUDUGA: Apakah makna Ballon d’Or kepada anda?

CRISTIANO: Ia adalah trofi individu yang diidamkan dan mahu dimenangi oleh semua pemain bolasepak. Seperti yang anda tahu, saya telah memenangi 2 anugerah dan menjadikan kemuncak tahun yang terbaik, dengan kerja keras yang telah di lakukan. Sebenarnya, ini adalah tahun ke 7 saya telah berada dalam kedudukan tiga teratas di dunia. Dan ia membuatkan saya berasa sangat berbangga. Itu adalah tanda bahawa saya telah melalui kerjaya yang luar biasa dan ia membuat saya amat gembira.

TEMUDUGA: Anda telah melalui banyak detik detik penting dalam sejarah bola sepak.Jaringan gol manakah paling istimewa bagi anda?

CRISTIANO: Itu satu soalan yang sukar. Saya mempunyai banyak tahun cemerlang dengan prestasi saya, baik individu ataupun berpasukan. Saya mempunyai banyak detik detik cemerlang dari segi jaringan gol, dan juga gelaran juara, tidak mudah untuk memilih satu. Jadi, apa yang selalu saya berkata ialah “Jaringan gol yang terakhir adalah gol yang terpenting”

TEMUDUGA:Todak diragui anda dilihat sebagai seorang pemain yang komited dan sering mencuba untuk menjadi teladan kepada yang lain. Adakah anda merasakan itu sebagai satu bebanan untuk menjadi model peranan?

CRISTIANO: Saya rasa saya kita belajar dan terus belajar sepanjang masa. Saya telah serius dengan kerjaya saya sejak dari usia muda. Dan jelas, apa yang berlaku baru baru ini tidak memberikan apa apa bebanan yang lebih besar kerana ia adalah semula jadi kepada saya. Hakikatnya bahawa saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik di atas atau di luar padang, adalah sangat penting. Saya sentiasa mengambil serius, sejak dari usia muda, dan itu digambarkan dalam kerjaya saya. Sentiasa di calonkan, memenangi gelaran dan trofi untuk Kelab ataupun individu, itu adalah kemuncak dari dedikasi, kerja keras dan profesionalisme yang telah diberikan selama bertahun tahun, semua ini mumbuatkan saya amat gembira.

TEMUDUGA: Anda sangat gemar mengambil bahgian dalam acara kebajikan setiap kali mempunyai masa. Adakah itu makna menjadi seorang bintang bolasepak?

CRISTIANO: Saya rasa kita boleh mengambil kesempatan daripada status tokoh masyarakat, di sayangi oleh peminat. Tetapi, saya berharap mereka memahami bahawa anda tidak boleh membantu semua orang. Baru baru ini, kita telah mecuba untuk membantu banyak insititusi. Tetapi, pada pendapat saya, orang orang yang membantu, tidak perlu untuk menghebahkannya. Memupuk perpaduan membuatkan saya berasa senang dan seperti kata perpatah : Orang yang membantu yang lain, di bayar balik dua kali ganda. Dan itu telah berlaku dalam hidup saya.

TEMUDUGA: Bagaimankah awak bayangkan pengakhiran kerjaya awak? Adakah anda ingin menjadi jurulatih?

CRISTIANO: Saya baru bercakap dengan rakan rakan semalam bahawa agak sukar untuk mendengar orang bercakap tentang pengakhiran kerjaya saya. Ia adalah satu keadaan yang masih jauh untuk di fikirkan. Saya berharap, ia hanya akan datang dalam 7 ke 10 tahun depan, tetapi saya tahu ia semua bergantung banyak pada motivasi saya. Tetapi, saya amat berharap ia sesuatu yang masih jauh…

TEMUDUGA: Dalam kerjaya, bagaimanakah anda mahu di ingati dalam 30 tahun akan datang?

CRISTIANO: Saya mahu di ingati sebagai yang terbaik. Saya mahu berada di kelompok yang terbaik … itulah matlamat saya dan itulah yang saya lakukan sekarang. Setiap tahun, saya mencuba untuk pergi lebih jauh dari sebelumnya – dan saya tidak hanya melihat jumlah jaringan gol. Dalam tahun terdekat ini, saya bertambah baik dan saya akan terus menjadi lebih baik di tahun tahun akan datang. Sebab itulah saya yakin bahawa saya akan menjadi salah satu yang terbaik.

TEMUDUGA: Bagaimanakah anda membahagikan kehidupan harian peribadi anda dan kehendak professional?

CRISTIANO: Setiap hari, saya cuba melakukan apa saja yang akan memberi manfaat kepada prestasi saya. Jelas sekali agak susah untuk membahagikan aspek aspek tertentu, tetapi saya telah balajar untuk hidup dalam keadaan ini. Saya amat pasti, dalam beberapa tahun ke depan, saya boleh menikmati semua yang saya perolehi dari masa ke semasa.

TEMUDUGA:Apa yang anda selalu lakukan pada masa lapang?

CRISTIANO: Ia bergantung kepada masa, hari dan situasi. Ia sangat relatif. Saya mempunyai masa untuk bersama keluarga, teman wanita, rakan rakan, anak saya.
Masa untuk diri sendiri, proses pemulihan juga penting. Terutamanya melakukan aktiviti aktiviti yang paling saya gemari seperti, berenang, melakukan senaman regangan… di waktu malam, saya gemar bersama rakan rakan, keluar berlibur, pergi ke restoren….

TEMUDUGA: Adakah anda memasak?

CRISTIANO: Tidak. Saya mempunyai orang yang lebih arif dalam memasak di rumah dari saya dan saya memberi “peluang” kepada mereka.

TEMUDUGA: Apakah yang membuat anda bersantai?

CRISTIANO: Dapat merasa aman, di rumah, bersama kawan-kawan dan keluarga.Saya amat suka bila saya tidak perlu bangun awal untuk berlatih atau untuk bermain perlawanan.

TEMUDUGA: Percutian terbaik anda..

CRISTIANO: Berjemur… dan makan!

TEMUDUGA: Pulang ke Madeira, tempat lahir anda, adakah itu satu percutian terbaik?

CRISTIANO: Madeira mempunyai banyak memori. Di situlah keluarga saya.

TEMUDUGA: Adakah anda rasa lelaki perlu menjaga rapi penampilan mereka?

CRISTIANO: Tidak sebanyak wanita, tetapi saya berfikir ia sesuatu yang penting.

TEMUDUGA: Adakah anda mengikuti trend fesyen atau awak mengemari gaya sendiri?

CRISTIANO: Saya lebih suka gaya sendiri, tetapi saya juga kan mendengar pendapat daripada orang lain.

TEMUDUGA: Di manakah tempat kegemaran anda untuk membeli belah?

CRISTIANO: Melalui laman web.

TEMUDUGA:Apakah barang atau aksesori yang mesti anda perlukan?

CRISTIANO: Jam tangan… kasut berlari, blazer, tali pingang..

TEMUDUGA: Adakah anda melihat diri anda dalam nilai Sacoor Brothers?

CRISTIANO: Semestinya! Saya amat gembira bahawa kita memulakan pengembaraan besar ini bersama-sama.

TEMUDUGA: Komitmen, dedikasi, keluarga, kejayaan, sentiasa mahu kejayaan, kecemerlangan diri… adakah ini nilai yang anda lihat dalam diri anda?

CRISTIANO: Ya, Sudah pastinya. Saya merasakan bahawa kita perlu menjadi sebahagian daripada perkara yang baik dalam hidup, keluarga, rakan rakan, etc

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AXN Umum David Foster, Melanie C, Anggun & Van Ness Wu Jadi Juri Asia’s Got Talent

Rilakkuma Kini Boleh Didapati di 7-Eleven Malaysia