in , ,

Telemovie The Gift Bertemakan Keluarga Malaysia Sempena Krismas 

Menambah semarak kempen Aspirasi Keluarga Malaysia yang sememangnya dekat di hari seluruh rakyat Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berbangga menghadirkan telemovie khas sempena sambutan Krismas, “The Gift” pada 25 Disember ini, pukul 1.00 tengah hari di TV2.

Drama ini secara tidak langsung mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini terutama dalam sambutan Hari Natal yang menampilkan pelakon Anthoany Ferlous, Sharmini Ramesh, Loo Tung Seang, Tai Yoke Lin, S.Sahlan, Eliza Mustafa, Michael, dan Xavier Voon.

Kisahnya berlatarkan situasi berlaku dalam masyarakat berbilang kaum yang tinggal bersama di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur. Mereka hidup secara harmoni dan saling membantu, mengambil berat tentang jiran dan keluarga. 

Matthew seorang ahli perniagaan kaya dan sibuk dengan kerja di luar negara. Matthew biasanya menyambut Krismas dengan meriah. Dia akan memberikan hadiah yang mahal kepada 3 orang anaknya. 

Bagaimanapun, disebabkan rusuhan di luar negara dia tidak dapat dihubungi dan tiada maklumat mengenai keberadaannya. Kehilangannya menjadi tanda tanya dan jiran Matthew Abu, Muthu dan Ah Chong cuba membantu mencari penyelesaian untuk menghubunginya. 

Sementara itu James pula baru sahaja kehilangan pekerjaan dan tidak mampu menyara keluarga dan terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menyara keluarganya. Dia tidak mampu membeli barang keperluan dan hadiah Krismas untuk keluarganya. Bagaimanapun, anak-anak James mengharapkan pemberian daripada bapa mereka. 

Pada malam Krismas, Matthew pulang ke rumah dengan pelbagai hadiah dan kraftangan. Keluarganya sangat terharu dengan kepulangannya dan melihat kepulangan Matthew sebagai hadiah Krismas yang tidak ternilai. Cinta dan kasih sayang lebih berharga daripada hadiah, wang dan harta benda. Mereka memutuskan untuk memberikan hadiah yang dibeli Matthew kepada anak-anak James. Seluruh taman menyambut Krismas dengan gembira. Namun apakah cerita di sebalik kehilangan Matthew yang ingin diketahui semua? Ikuti kesudahannya di TV2. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hasif Upin

Pendatang Baharu Hasif Upin Muncul Dengan Single JANJI SAMPAI MATI

Shiha Zikir Sedih Diperlekeh Rakan Selebriti Sebab Cemburu Dengan Rezeki