in

Yang Menarik Tentang Telemovie PSIKOPAT

Pernahkah anda mendengar penyakit ‘psikopat’? Realitinya penghidap penyakit ini wujud di persekitaran kita. Seringkali kita mendengar istilah psikopat atau mengatakan seseorang memiliki kepribadian psiko. Sebenarnya apakah yang dimaksud dengan psikopat atau psiko?

Antara ciri-ciri perilaku termasuklah antisosial, tidak memiliki rasa simpati, dan tindakannya begitu berani hingga adakalanya tidak terkawal. Ciri psikopat yang lainnya adalah tidak rasa bersalah jika melakukan kesalahan, termasuk melakukan tindakan jenayah.

babak dalam Psikopat lakonan Aida Aris dan Azhan Rani di TV2

Derita Pesakit Psikopat Dalam Slot Citra Di TV2

Cuba memberi pendedahan kepada masyarakat tentang wujud dan bahayanya penyakitnya ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk “Psikopat” pada 29 Disember ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.

Menampilkan gandingan lakonan mantap Aida Aris, Kenny Ong, El Faeza Ul Haq, Azhan Rani dan Janet Khoo, telemovie arahan Fairuz Loy ini mengangkat kisah seorang wanita bernama Syirin yang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan membunuh suaminya.

Dia cuba sedaya upaya menegakkan kebenaran membela dirinya di makhamah dengan menyatakan bahawa suaminya, Amirul ialah seorang yang menghadapi gangguan mental. Dia telah melepaskan perasaannya dengan mendera Syirin secara fizikal. Malah pada masa sama juga memukul Syirin dengan tali pinggang dan mengancamnya dengan mengacukan pisau.

Tindakan Syirin untuk mempertahankan dirinya dengan menggunakan kelab golf (golf club) tanpa diduga telah mengakibatkan kematian Amirul secara tidak sengaja.

Isteri pertama Amirul bernama Marlia, seorang peguam, tidak dapat terima bahawa suaminya ialah seorang pesakit jiwa dan penyiksa wanita. Beliau ingin tahu kisah sebenarnya suaminya terbunuh.

Beliau menyiasat perkara ini dan menemui beberapa orang yang mengenali suaminya. Beliau juga telah menemui Syirin dan Ramly, rakan suaminya. Beliau terkejut mendapat tahu dari mereka bahawa beliau sendiri merupakan punca arwah suaminya mengalami gangguan mental dan tekanan jiwa.

Beliau sedar bahawa sikap dan layanan beliau pada Amirul juga telah menyebabkan beliau mencari wanita lain dan akhirnya membawa ke kematian beliau.

Begitupun masihkah ada ruang untuk Syirin membela diri sekaligus terlepas daripada tuduhan membunuh secara sengaja? Bagaimana pula situasi Marlia berdepan kenyataan dirinya merupakan penyebab suaminya menjadi psiko? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat Calon Menantu Datuk?

TV3 Menutup Tirai 2017 Dengan Drama Baharu!