in

Telemovie Parit Jawa

Dalam usaha untuk menyokong pembangunan seni tanahair, Astro meneruskan inisiatif untuk menawan hati para pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian kandungan tempatan dan antarabangsa bagi memenuhi citarasa penonton yang pelbagai.

Menarik Disember ini, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (ABOMTH) dengan bangganya membawakan telemovie hebat, PARIT JAWA yang akan ditayangkan di saluran 952.

PARIT JAWA menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain. Arahan Tunku Mona Riza dan diterbitkan oleh Haris Sulong, telefilem lakonan Eman Manan, Ruminah Sidek, Zahiril Adzim, Nam Ron dan ramai lagi ini pasti menyentuh jiwa para penonton dengan kisah yang sering berlaku di sekeliling kita.

Satu tayangan media Parit Jawa diadakan pada hari ini di Garden Mid Valley.

Zahiril Adzim sebagai Nik

Zahiril Adzim

ruminah sidek dalam nasi goreng ikan sepat

Ruminah Sidek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Separuh Akhir Pertama Muzik Muzik 26

AirAsia Indonesia Unveils Green Home at Eco-Friendly