in , ,

Cabaran Pemilik Gimnasium Wanita Lakonan Sharifah Sakinah Dalam Telemovie OTOT-OTOT

Bidang bina badan dan perniagaan gimnasium sinonim dan selalu dipelopori oleh kaum lelaki. Tetapi, bagaimana pula keadaannya dasn cabarannya bila ada wanita yang cuba memecahkan monopoli tersebut dengan memberanikan diri untuk memulakan perniagaan gymnasium?

Kisah menarik mengangkat kisah seorang ‘jurulatih peribadi’ yang cuba menyelamatkan gimnasium dengan membuat pelbagai promosi bagi menghidupkan kembali gim tersebut melatari telefilem disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Otot-Otot”.

Telemovie OTOT-OTOT

Menampilkan pelakon utama Sharifah Sakinah yang realitinya sudah tidak asing lagi dengan aktiviti senaman di gimnasium, telemovie ini menemui penonton pada 29 Julai ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV1.

Turut dibintangi pelakon Sabri Yunus, Syed Aiman, Adline Tsen, dan Hadi Nawawi, kisahnya bermula dengan berkongsi memaparkan kisah seorang pengurus sebuah gimnasium yang sangat komited pada kariernya bernama Fauziah.

Dengan usaha gigih dan ketabahan Fauziah, gimnasium yang bernama ‘Otot–Otot’ berjaya mendapat sambutan ramai pelanggan yang mementingkan aktiviti kesihatan melakukan senaman. Malah kejayaannya itu membuatkan gimnasium mula bersaing dengan gimnasium yang lain.

Sementara itu seorang pemilik gimnasium dikenali sebagai Pak M sangat terhutang budi kepada Fauziah yang membuktikan kejayaan seorang wanita yang berhati cekal. Dia benar-benar mengagumi semangat wanita itu.

Namun konflik tidak dapat dielakkan bila muncul persaingan dengan pemilik gim yang lain. Fauziah nekad terus berjuang. Dengan promosi yang berterusan Otot- Otot berjaya menambah ahli dan maju kembali seperti dahulu.

Pak M tidak percaya dengan perubahan yang berlaku di atas usaha Fauziah. Pak M masih ingat bagaimana dia jumpa Fauziah dulu sehingga dia berkahwin dan berkeluarga.

Telemovie OTOT-OTOT

Telemovie OTOT-OTOT

Telemovie OTOT-OTOT

Telemovie OTOT-OTOT

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rudimental Launch The Acoustic Video SUN COMES UP Featuring James Arthur

Destinasi Bajet RM300 Ke RM500 Dalam 3 KE 5 JERR Bersama Nadia Hasnan