in , , ,

Telemovie OLIN & ECAN Arahan Shahrulezad Mohameddin

Karya pengarah Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One Sdn Bhd disiarkan khas cuti sekolah ini oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Mac ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Mengangkat kisah persahabatan seorang kanak-kanak yang berkelana mencari ayah kandungnya dengan seorang remaja lembam yang miliki keinginan kuat mahu membantu kawannya diterjemahkan dalam telefilem berjudul “Olin & Ecan” yang menampilkan gandingan watak utama dibawakan oleh Azma Aizal Yusoof sebagai Olin dan pelakon cilik Rykarl Iskandar sebagai Ecan.

babak dalam Olin & Ecan

Telemovie “Olin & Ecan” Angkat Kisah Remaja Lembam Khas Cuti Sekolah Ini di TV1

Drama ini mengisahkan tentang seorang kanak kanak bernama Ecan dibesarkan di kampung oleh ibunya Sue. Ecan hanya mengenali bapanya, Abdullah menerusi sekeping gambar lama ibu dan bapanya. Ecan bagaimanapun tahu bahawa bapa kandungnya itu masih hidup. Malangnya, Sue tidak pernah tahu dimanakah Abdullah berada.

Pada masa sama kakak Sue yang bernama Miah dan suaminya Hussin. Miah dan Sue tidak pernah berbaik kerana Hussin pernah jatuh cinta dengan Sue namun takdir menjodohkannya dengan Miah.

Hinggalah pada satu hari, Sue maut dalam kemalangan jalan raya. Ecan diambil dan dibesarkan oleh Miah dan Hussin. Hussin amat menyayangi Ecan seperti anaknya sendiri namun tidak bagi Miah yang membenci anak kecil itu.

Akibat sering dihina dan terasa dengan segala sindiran ibu saudaranya, Ecan nekad melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari bapanya, Abdullah.

Di Kuala Lumpur, Ecan bertemu dengan Olin, seorang remaja lembam yang yatim piatu dan bekerja di bengkel milik Abang Dol. Mereka berkawan baik dan Olin, walaupun lembam, tidak pernah putus asa untuk membantu Ecan mencari bapa kandungnya.

Telefilem ini memfokuskan nilai persahabatan sebagai intipati utama penceritaannya menerusi karakter yang dipersembahkan oleh Azma dan Rykarl. Selain elemen persahabatan, nilai kekeluargaan dengan konflik antara suami isteri turut diselitkan dalam drama ini.

Mampukah pautan persahabatan yang cukup erat antara Ecan dan Olin berjaya menemukan Ecan dengan ayahnya? Pelakon lain yang turut membintangi telefilem ini ialah Eida Moin, Azhan Rani, Roy Azman, Fiza Elite, Lan Siro dan Sharisa Haris.

Karya pengarah Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One Sdn Bhd disiarkan khas cuti sekolah ini oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Mac ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perlukah Kita Melabur Semata-Mata Mahu Nampak Cantik?

Fareez Juara Mentor Milenia