in ,

Telemovie MADU Lakonan Rozita Che Wan

Menarik pada malam ini, akan ditayangkan sebuah drama best di slot Drama Festival KL yang berjudul MADU lakonan terbaik daripada Rozita Che Wan, Zamarul Hisham, Shahz Jaszle, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi pada jam 10 malam di kaca TV3.

Shah, tolong carikan isteri baru untuk ayah kau… mak teringin nak bermadu, orang kata bermadu itu pahit, tapi mak nak rasa lah setakat mana pahitnya tu…” pesan Puan Rusni sebelum anaknya Shah berangkat ke Jepun.

Terkedu Shah seketika. Tetapi apabila cuba difikirkannya kembali secara rasional, ada sesuatu yang mencuit perasaan. Pesan emaknya lagi, “kalau boleh mak nak pramugari tau…senang mak nak tumpang-tumpang pegi jalan makan angin, membeli-belah riuh rendah, pakej murah”. Shah tepuk kepala. Pelik juga cara berfikir emaknya. Sungguhpun begitu, ia memberikan satu gambaran menarik kepada keluarga mereka fikir Shah.

Itulah sebahagian daripada kisah telemovie terbaru terbitan Zeel Production berjudul MADU.

Ada apa dengan madu? Bagaimana seorang lelaki mampu bermadu? Orang cakap bermadu itu pahit dan menyeksakan namun adakah semua keluarga yang bermadu tidak bahagia? Melihat daripada situasi semasa, bukanlah sesuatu yang pelik jika mana mana lelaki untuk beristeri lebih daripada seorang. Cuma, ramai yang mengatakan kehidupan sebagai isteri yang bermadu itu sangat memeritkan. Apakah tiada bahagia? Isu itu yang cuba diketengahkan di dalam telemovie MADU yang bakal disiarkan di TV3 pada 16 Februari, 10 malam di slot Drama Festival KL.

Dibintangi oleh Rozita Che Wan, Zamarul Hisham, Shahz Jaszle, Ezzaty Abdullah, Syatilla Melvin dan Aishah Elias, ianya digarap oleh skrip Muhammad Hafeezul dan diarahkan Joeza Rashidi, yang pernah mengarahkan Jangan Ambil Padang Kami.

Maka, untuk mengetahui apa yang bakal Shah lakukan demi menunaikan hajat ibunya, Jangan lupa saksikan MADU, 16 Februari ini 10 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Diari 3G Lakonan Yaya Maembong

Fahrin Ahmad Buli Emma Maembong Dalam Drama YES BOSS