in , ,

Telemovie KELAP KELIP Temukan Hisyam Hamid & Nadiya Nisaa

Hari Raya Pertama di TVi – Telemovie “Kelap Kelip” Temukan Hisyam Hamid dan Nadiya Nisaa. Istimewa pada hari raya pertama, 17 Julai ini, pukul 1.00 petang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi bakal menyiarkan sebuah telemovie yang mempertemukan pelakon terkenal Hisyam Hamid dan Nadiya Nisaa bertajuk “Kelap Kelip”. Ia kemudiannya turut diulangsiar menerusi saluran TV2 pada 24 Julai depan, pukul 2.00 petang.

Menampilkan Hisyam Hamid sebagai Solihin, Nadiya Nisaa (Aminah), Nas T (Guruh), Ieda Moin (Fatin) dan Ikhwan Khairuddin (Harris), kisahnya mengenai Aminah seorang graduan kejuruteraan elektrik. Dia amat meminati bidang elektrik dan keelektromagnetan. Selepas tamat pengajian, Aminah gagal mendapat sebarang pekerjaan. Aminah suka bereksperimen dan mencipta berbagai-bagai-bagai barang elektronik sehingga dia digelar ‘Minah Karan’.

Menjelang hari raya, Aminah telah mencipta lampu kelap kelip LED yang juga merupakan lampu pintar kerana boleh mengambil gambar dan berfungsi sendiri mengikut gelombang suara. Lampu pintar itu juga mempunyai aplikasi muat turun lagu-lagu raya. Aminah menjual lampu kelap kelip ciptaannya melalui online.

Jualan lampu kelap kelip Aminah tidak begitu memberangsangkan. Aminah kecewa. Setiap kali Aminah kecewa dia akan memesan pizza untuk berbuka puasa. Sol (Solihin) penghantar pizza jatuh cinta pandang pertama pada Aminah.

Sol mendapat tahu tentang Aminah yang menjual lampu kelap kelip di online dari Wani, rakan serumah Aminah. Sol membuka banyak akaun FB dengan nama samaran dan memesan lampu kelap kelip dari Aminah. Dia berbuat begitu semata-mata untuk menggembirakan Aminah. Sol mengantung lampu kelap kelip di seluruh rumah flatnya termasuk di dapur dan bilik tidur.

Sol ingin mengenali Aminah lebih tepat. Dia kerap menghantar pizza ke rumah Aminah walaupun Aminah tidak memesannya. Aminah tidak mahu makan pizza yang dihantar oleh Sol kerana takut dibubuh ubat guna-guna. Wan dijadikan mangsa untuk menghabiskan pizza.

Sol menjadikan lagu M.Nasir ‘Sentuhan Listrikmu’ sebagai lagu tema cintanya pada Aminah. Aminah mula berprasangka. Dia mengesyaki Sol seorang kaki intip atau psychopath.

Hidup Sol sebenarnya penuh sunyi. Sol mengelar dirinya Mr Lonely. Sol seorang anak yatim dan hidup sebatang kara. Sol tidak ramai kawan. Dia suka menjadi penghantar pizza kerana dapat mengenali ramai orang. Sol terlalu ingin menyambut hari raya seperti orang lain bersama keluarga. Tapi impiannya itu tak mungkin menjadi nyata kerana dia tidak berkeluarga.

Telemovie KELAP KELIP Temukan Hisyam Hamid & Nadiya Nisaa

Selama ini, Sol berpura-pura riang untuk menutupi kesedihan hatinya. Pada setiap malam raya, Sol akan menaiki motor melihat suasana dan kemeriahan hari raya di kampung-kampung. Sol selalu berbohong pada kawan-kawan di tempat kerja yang dia berasal dari keluarga besar.

Sol memesan lampu dari Aminah sehingga 24 set. Sol menghadiahkan lampu-lampu itu pada rakan-rakan sekerja. Aminah mula mengesyaki sesuatu tentang Sol. Dia mengajak Wani mengekori gerak-geri Sol. Sol yang tahu dia diintip, bertindak mempermainkan Aminah dan Wani.

Sol turut menghadiahkan lampu kelap kelip pada jirannya, seorang pendatang Indonesia bernama Guruh. Semasa Sol sedang memasang lampu kelap kelip di rumah Guruh, dia terkena renjatan elektrik. Sol tidak sedar diri. Guruh yang terkejut telah menefon Aminah dari telefon bimbit Sol.

Aminah merasa bersalah atas yang berlaku pada Sol. Sol mengalami renjatan elektrik dan hampir maut kerana lampu kelap kelipnya yang tidak cukup ‘pintar’. Barulah Aminah tahu tentang rahsia Sol dari Guruh. Sol adalah orang yang membeli lampunya selama ini. Aminah terkejut melihat keadaan rumah Sol yang dipenuhi dengan lampu kelap kelip ciptaannya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Telemovie KELAP KELIP Temukan Hisyam Hamid & Nadiya Nisaa

Telemovie KELAP KELIP Temukan Hisyam Hamid & Nadiya Nisaa

Telemovie KELAP KELIP Temukan Hisyam Hamid & Nadiya Nisaa

Telemovie KELAP KELIP Temukan Hisyam Hamid & Nadiya Nisaa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Fasha Sandha Larikan Diri

TV9 Drama Bersiri Korea BRIDE OF THE CENTURY