in , , ,

Telemovie Cinta Kamikaze Lakonan Zahiril Adzim & Nadiya Nisaa

Drama CINTA KAMIKAZE adalah sebuah telemovie komedi romantik gandingan lakonan hebat dari Zahiril Adzim dan Nadiya Nisaa yang mempunyai karektor berlainan yang seringkali menimbulkan salah faham di antara mereka. Suci merupakan seorang pengacara televisyen wanita yang popular dengan rancangannya sendiri iaitu “Tamu Suci”. Khalish pula merupakan seorang chef muda di sebuah hotel yang terkenal dengan sentuhan masakannya yang mampu membuka selera sesiapa sahaja.

[pullquote align=”right”]Gandingan Mantap Zahiril Adzim Dan Nadiya Nisaa dalam Telemovie Cinta Kamikaze slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam istimewa hanya di TV9[/pullquote]

Kerana ingin memberi peluang kepada Khalish agar bakatnya dikenali, pengurus hotel tersebut, Cik Cheryl mencadangkan agar Khalish menjadi tetamu di rancangan Tamu Suci. Kebetulan Suci juga tidak berjaya mendapatkan tetamu di saat-saat akhir. Malangnya, kerana tidak mahu wajahnya disiarkan di kaca televisyen dan rahsianya terbongkar kerana mempunyai ramai teman wanita, Khalish tidak hadir untuk siaran langsung tersebut. Suci malu dan menyimpan dendam terhadap manusia bernama Khalish.

Khalish dan Suci tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung melalui temujanji di dalam telefon sahaja. Namun, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya kerap kali bertemu di luar dan akhirnya menjalinkan percintaan kerana masing-masing merahsiakan status mereka.

Sejauh manakah hubungan yang dijalin penuh rahsia itu dapat bertahan? Dapatkah Suci memaafkan perbuatan Khalish yang telah memalukannya sewaktu siaran langsung dahulu? Saksikan drama komedi romantis yang turut dibantu oleh Harun Salim Bachik, Ieda Moin dan Muhd Mentor menerusi slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam istimewa hanya di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Telemovie Cinta Kamikaze

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adam AF & Fiza Elite Nikah Hari Khamis Ini

Filem Vikingdom Bukan Filem Agama – Norman KRU