in ,

Cubaan Beli Adik Tumpaskan Sindiket Jual Bayi Dalam Telemovie BELI ADIK

Mengisahkan kanak-kanak yang kesunyian kerana hidup sebagai anak tunggal, atas nasihat rakan, dia sanggup pergi bertemu ejen menjual bayi dengan harapan dapat membeli adik untuknya.

Mengangkat konflik kekeluargaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik khas cuti sekolah bertajuk “Beli Adik”, karya arahan Khir Rahman yang dibintangi oleh Mohd Izwan Fikri, Muhammad Izz Ilham Nazuadi, Zain Hamid, Zarynn Min, Sheila Mambo, Rashidi Ishak, dan Joey.

telemovie Beli Adik

Disiarkan pada 8 Disember ini, pukul 2.00 petang menerusi saluran TV2, drama komedi ini berkongsi kehidupan dijalani watak utama Hazamin dan Nina adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin. Kehidupan mereka bahagia dan miiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Sepanjang usia perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Aizad.

Namun malangnya keluarga mereka kekurangan kasih sayang kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka. Situasi itu membuatkan Aizad anak tunggal mereka yang berusia 6 tahun dijaga oleh neneknya Maimon.

Masa berlalu Aizad mula rasa kesunyian. Apatahlagi bila melihat kawan-kawannya seronok bermain dengan adik-adik mereka. Aizad dapat merasakan bertapa seronok dan gembiranya mereka dapat meluangkan masa dengan adik beradik yang lain. Bukan seperti dirinya yang sentisa keseorangan.

Situasi itu membuatkan Aizad mahu seorang adik untuk menemaninya bermain dan melakukan apa sahaja bersama. Tetapi gaya hidup moden ibu bapanya yang sibuk membuat Aizad sedar permintaannya tidak akan dilayan. Semuanya pasti sia-sia belaka.

Fikirannya yang masih belum matang membuatkan Aizad mengambil keputusan cuba berusaha untuk membeli seorang adik. Dia beranggapan itu jalan mudah dan singkat untuk dia memenuhi impiannya memiliki seorang adik.

Aizad melakukan pelbagai usaha untuk mencapai matlamatnya. Secara tidak sengaja Aizad berhubung dengan sindiket haram menjual bayi dan berikutnya mengakibatkan Aizad diculik oleh sindiket haram itu.

Dengan kebijaksanaannya, Aizad cuba untuk melepaskan diri dan melaporkan aktiviti sindiket haram itu ke balai polis. Harapannya hanya satu supaya sindiket itu berjaya ditumpaskan. Dia sudah tidak peduli lagi tentang usahanya mahu mendapatkan adik dengan cara mudah.

Namun adakah usahanya berjaya? Mampukah Aizad berjaya menyuntik kesedaran ibu bapanya bahawa keluarga lebih utama daripada segala kekayaan yang ingin dikecapi mereka?

pengarah Khir Rahman bersama barisan pelakon Beli Adik

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips & Cara Elak Kena Scam

Usop Mentor Tidur Tak Lena Akaun Instagram Digodam