REDMAGIC terus mengukuhkan kedudukannya sebagai raja telefon pintar gaming dengan pelancaran terbaharu, REDMAGIC 10S Pro, yang kini rasmi di Malaysia. Menggabungkan kuasa pemprosesan paling canggih, reka bentuk yang memukau dan fungsi permainan ekstrem, telefon pintar ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Leading Version, paparan 144Hz tanpa takuk, sistem penyejukan bertaraf PC, dan bateri besar 7,050mAh — semuanya diadun dalam satu peranti yang cukup menggoda buat peminat mobile gaming sejati.
Sebagai seorang influencer teknologi dan gaya hidup digital, Budiey memang teruja bila dapat ‘first-hand’ info tentang telefon ni. Setiap spesifikasi yang diumumkan bukan sahaja teknikal, tapi memang dicipta untuk mereka yang tak main-main dalam dunia gaming — dari casual gamer sampai hardcore.
Cip Snapdragon 8 Elite Leading Version Paling Gah Dalam Dunia Permainan Mudah Alih
Di bawah kerangka logam telus ini, tersemat pemproses Snapdragon 8 Elite Leading Version bersama RAM LPDDR5T dan storan UFS 4.1 Pro, menjadikan REDMAGIC 10S Pro sebagai telefon permainan terpantas setakat ini. Dengan prestasi CPU meningkat ke 4.47GHz, GPU hingga 1,200MHz, dan AI NPU naik 40%, ia memberikan kelancaran multitasking dan visual grafik tahap konsol. Tambahan pula, RedCore R3 Pro menambah ketepatan prestasi, memberikan pengalaman sehingga 120FPS — sangat sesuai untuk permainan berdefinisi tinggi.
Kalau korang jenis main game berat seperti Genshin Impact, PUBG Mobile Ultra HD, atau Call of Duty dengan grafik maksimum — telefon ni memang power gila. Budiey sempat uji sendiri demo unit, dan hasilnya memang padu.
Sistem Penyejukan ICE-X Bertaraf PC, Dengan Liquid Metal 2.0
Masalah panas? Langsung tak relevan. REDMAGIC 10S Pro dilengkapi sistem ICE-X 10 lapisan, kini ditingkatkan dengan Liquid Metal 2.0 yang berupaya mengalirkan haba setinggi 200 W/m·K — tahap biasa pada PC gaming premium. Dengan ruang wap 12,000mm² dan kipas turbo 23,000 RPM, telefon ini kekal sejuk walaupun dalam sesi permainan paling ekstrem. Yang paling menarik, pengguna boleh sesuaikan lampu RGB pada kipas dengan 15 warna pilihan untuk tambah gaya.
Budiey sendiri terpegun bila kipas turbo ni hidup, senyap tapi terasa angin sejuk dari bahagian belakang telefon. Serius, kalau tangan tengah berpeluh main game lama, ini penyelamat utama.
Paparan AMOLED 6.85 Inci Imersif Dengan Kadar Respons Sentuhan Luar Biasa
Skrin AMOLED 1.5K bersaiz besar ini bukan sahaja cantik, tetapi juga cemerlang dari segi teknikal. Kadar segar semula 144Hz, kecerahan 2,000 nits, dan nisbah skrin-ke-badan 95.3% menjadikan visual lebih hidup dan mendalam. Dengan kadar sentuhan segera hingga 2,500Hz, setiap pergerakan jari direkod pantas dan tepat — sesuatu yang sangat penting dalam permainan kompetitif.
Apa yang Budiey suka, skrin ni tak ganggu mata walaupun guna berjam-jam — siap dapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, jadi tak penat mata walaupun tengah push rank sampai lewat malam.
Bateri 7,050mAh Dengan Pengecasan 80W: Main Seharian, Cas Sekejap
Dengan bateri sebesar 7,050mAh, REDMAGIC 10S Pro mampu bertahan sepanjang hari. Pengecasan 80W disertakan dalam kotak — tidak perlu tunggu lama. Kapasiti tinggi ini juga dihasilkan dengan ketumpatan tenaga 25% lebih tinggi, memastikan badan telefon kekal nipis dan elegan tanpa korbankan kuasa.
Bagi Budiey yang banyak travel dan kadang-kadang live streaming on-the-go, kapasiti bateri macam ni sangat membantu. Tak perlu bawa powerbank besar ke mana-mana.
Reka Bentuk Logam Telus Premium, Butang Bahu & RGB Dinamik
Reka bentuk logam telus dengan elemen RGB yang halus menjadikan REDMAGIC 10S Pro lebih dari sekadar telefon — ia satu pernyataan gaya. Butang bahu boleh disesuaikan, lampu RGB dengan 7 pilihan warna, dan Magic Key khas untuk akses pantas menjadikan pengalaman lebih interaktif. Belakang telefon yang rata tanpa bonggol kamerajuga memberi genggaman yang lebih selesa.
Budiey suka konsep ‘transparent design’ yang futuristic tapi tetap minimalis — sesuai dengan vibe pengguna zaman sekarang yang mahukan gaya dan prestasi.
Tiga Kamera Belakang, Kamera Swafoto AI
Tak cukup untuk main game, telefon ni juga boleh tangkap gambar mantap. Kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP dengan pembetulan herotan, dan satu lagi 2MP untuk sokongan imej. Kamera hadapan 16MP pula ditingkatkan dengan AI untuk hasil swafoto lebih semula jadi dan tajam.
Waktu Budiey test kamera dalam pencahayaan rendah pun, hasil gambar tetap detail. Bagi seorang content creator, ini satu kelebihan besar.
Audio DTS-X, Getaran Haptik 4D, Pengalaman Bunyi & Sentuhan Lebih Realistik
Untuk audio dan getaran, REDMAGIC 10S Pro menyediakan pembesar suara stereo 1115K, sokongan DTS-X 3D sound, serta motor getaran 0815 super-linear. Setiap bunyi dan sentuhan rasa lebih real — seolah-olah anda berada dalam permainan itu sendiri.
Kualiti audio bukan sekadar kuat, tapi immersive. Budiey rekomen pakai phone ni untuk layan Netflix atau Disney+ — surround sound dia memang ‘naik bulu roma’.
Kawalan Lebih Realistik Dengan X-Gravity Gaming Center
Fungsi X-Gravity Gaming Center membenarkan sambungan kepada keyboard, mouse, dan pengawal luaran. Malah, anda boleh strim ke skrin besar dengan satu klik. Butang bahu juga menyokong kadar pensampelan 520Hz — sesuai untuk game FPS dan MOBA.
Bayangkan main game MOBA macam Mobile Legends dengan layout macam konsol. Budiey rasa macam tukar phone jadi gaming console mini.
Google Gemini AI, Sambungan 5G & Ciri Harian Yang Canggih
Google Gemini membawa ciri AI seperti carian pintar, terjemahan masa nyata, sari kata panggilan, dan pembantu suara yang lebih pintar. Sambungan 5G dua jalur menawarkan kelajuan muat turun 20% lebih pantas, dan NFC dengan Google Pay, dwi-SIM, serta pengimbas cap jari menjadikannya teman harian yang sangat serba boleh.
Fungsi seperti “Circle to Search” betul-betul menjadikan hidup lebih mudah. Budiey suka bila dapat info hanya dengan satu sentuhan.
Harga, Tawaran & Ketersediaan Eksklusif
Tawaran pelancaran bermula 24 Jun hingga 17 Julai:
- 12+256GB (Nightfall): RM3,999 > RM3,199 (+REDMAGIC Cooler 6 Air bernilai RM199)
- 16+512GB (Moonlight / Dusk): RM4,899 > RM3,999
- 24+1TB (Moonlight / Dusk): RM5,999 > RM4,999
Tersedia di: Shopee, Lazada, TikTok Shop & laman rasmi REDMAGIC.
Apa Kata Budiey?
REDMAGIC 10S Pro bukan sekadar telefon pintar biasa. Ia adalah senjata utama buat gamer tegar yang mahukan kuasa, gaya dan pengalaman total dalam satu peranti. Gabungan teknologi AI terkini, kuasa grafik tinggi, dan fungsi penyejukan ultra moden menjadikan ia antara pilihan paling bernas tahun ini. Dengan harga yang kompetitif dan bonus pelancaran menarik, Budiey rasa inilah masa terbaik untuk upgrade ke dunia permainan tanpa kompromi. Jika anda seorang content creator, streamer, atau mobile gamer sepenuh masa — REDMAGIC 10S Pro mungkin peranti yang anda nanti-nantikan.