in , ,

Telefon Pintar Oppo A78 5G Kini Rasmi di Malaysia Dengan Harga RM1099

Oppo A78 5G kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1099.

Oppo A78 5G merupakan sebuah telefon pintar 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Di samping turut memuatkan beberapa ciri utama lain seperti pembesar suara stereo, bateri 5000, sistem pengecasan 33W dan sokongan memori tambahan sehingga 8GB RAM.

Telefon Pintar Oppo A78 5G Kini Rasmi di Malaysia Dengan Harga RM1099

Untuk lebih khusus, Oppo A78 5G dilengkapi skrin LCD sebesar 6.56-inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Dimensity 700, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kapasiti bateri pula 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W.

Telefon Pintar Oppo A78 5G Kini Rasmi di Malaysia Dengan Harga RM1099

Terdapat sokongan dwi-kamera dibelakang dengan sensor utama 50MP, di samping kamera swafoto 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.3, BLE, port USB-C, NFC dan bicu audio 3.5mm. Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula 14 Januari 2023 menerusi pengedar sah Oppo Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Pernah Hubungi Ustazah Asma’ Harun Minta Nasihat

NABILA KHAI

Single SELAGI KU ADA Satukan Khai Bahar & Nabila Razali