in ,

Telefilem Hebat Sempena Maulidur Rasul di TV3

Saban tahun umat Islam di seluruh dunia mengadakan pelbagai acara memperingati peristiwa Maulidur Rasul iaitu kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang dijunjung dan dikasihi. Bertepatan dengan tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435, TV3 tidak ketinggalan menyajikan pelbagai program menarik untuk para penonton. Hayati semangat cintakan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w menerusi 6 telefilem menarik seperti ‘Pintu Lain Ke Syurga’, ‘Luth Mahfuz’, ‘Al-Ikhlas’, ‘Cinta Mat Semperit’, ‘Setulus Kasih’ dan ‘Jatuh Cinta’.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama TV3 menerusi telefilem-telefilem menarik ini!

ISTIMEWA MAULIDUR RASUL

CEREKARAMA: PINTU LAIN KE SYURGA – 11 Januari 2014 (Sabtu), 10.00 malam
Sinopsis: Selepas 5 tahun dipenjarakan atas kesalahan menagih dadah, Haris akhirnya dibebaskan. Penduduk kampung memandang serong terhadapnya. Walaupun kehadirannya diterima oleh ibu, kakak (Odah) dan adiknya (Nani) tetapi tidak bagi abang iparnya, Nasir. Nasir melayan Haris dengan buruk lantaran merasa terbeban kerana terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah kematian bapa Haris. Odah juga sering menjadi mangsa kemarahan Haris yang bengang kerana Odah tidak mampu melayan permintaannya kerana penyakit rahim yang dihidapinya. Sementara itu, Suri kekasih lama Haris masih setia kepadanya namun perhubungan itu ditentang keluarga Suri. Haris menyedari sikap Nani yang kini tidak lagi bersekolah, seperti tidak ceria dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apakah pengakhiran pergolakan yang melanda kehidupan keluarga ini?
Pelakon: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Amyza Aznan, Aida Khaleda, Leez Rosli, Datuk Ahmad Tarmimi.

Luth Mahfuz 2

TELEFILEM: LUTH MAHFUZ – 13 Januari 2014 (Isnin), 10 malam
Sinopsis: Eyma mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, Aqish yang mengalami lemah jantung. Eyma terkejut apabila tiba-tiba suaminya, Haziq telah menyatakan hasrat untuk bercerai dan menyerahkan kertas tentang pembahagian harta sepencarian mereka. Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta sebaliknya Eyma cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktiviti romantik seperti mereka baru berkahwin selama empat puluh hari. Selama empat puluh hari Haziq juga disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah nabi sebagai amalam hariannya. Haziq menunaikan permintaan itu kerana baginya ianya hanya tempoh yang singkat dan selepas itu dia boleh kembali bersama bekas kekasihnya. Doktor yang melawat Aqish selalu menceritakan perihal kes pesakitnya di dalam blog. Eyma terharu sekurang-kurangnya masih ada lagi insan lain yang mengambil berat tentang Aqish sementara suaminya sendiri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Saksikan kisah pengorbanan seorang ibu dan isteri yang taat kepada suaminya meskipun hatinya sendiri tiada siapa ambil peduli.
Pelakon: Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila, Arash Mohammad, Puteri Syasya.

TELEFILEM: AL-IKHLAS – 14 Januari 2014 (Selasa), 9.30 pagi
Sinopsis: Al-Ikhlas mengisahkan tentang Solah, seorang yang sangat lurus dan baik hati. Keadaan Solah menyebabkan orang kampung sering mengambil kesempatan terhadapnya. Namun, bagi Solah dia hanya menjalan tugas dengan ikhlas. Solah pernah berkahwin namun sejak isterinya meninggal, dia tinggal berseorangan ditemani dengan kucing-kucing kesayangannya. Dia juga sering berkunjung ke surau lama di kampungnya untuk beribadat. Surau tersebut terletak di atas tanah yang telah diwakafkan oleh ayah Zaki, namun, apabila ayahnya meninggal dunia, Zaki ingin menjual tanah tersebut. Ramai yang tidak jadi membeli tanah tersebut kerana adanya surau di situ. Zaki seringkali mendesak Pak Ali, ketua kampung supaya merobohkan surau tersebut supaya dia boleh menjual tanah namun Pak Ali enggan kerana surau tersebut telah diamanahkan oleh bapa Zaki kepadanya. Zaki juga pernah cuba untuk membakar surau tersebut tetapi menghentikan hasratnya apabila mendapati Solah sedang beribadat di dalamnya.
Pelakon: Lisdawati, Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Soffi Jikan, Wan Suhaimi.

TELEFILEM: CINTA MAT SEMPERIT – 14 Januari 2014 (Selasa), 5.00 petang
Sinopsis: Mengisahkan tentang Kak Lola yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya. Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus. Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola. Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan adik lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Ariani dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel. Pada mulanya, Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola, dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani. Bagi mendapatkan motosikal idamannya, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola.
Pelakon: Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman.

TELEFILEM: SETULUS KASIH – 14 Januari 2014 (Selasa), 10.00 malam
Sinopsis: Percintaan Zulaikha dan Kamil ketika bersekolah berakhir apabila Zulaikha melanjutkan pelajaran. Kamil yang kecewa dan kesunyian tersalah memilih rakan dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Setelah menginjak dewasa, Zulaikha berkerja di rumah kebajikan manakala Kamil selalu memberikan motivasi di rumah-rumah kebajikan. Zulaikha bertemu kembali dengan Kamil dan hubungan mereka kembali mesra. Ketika itu Dr Mikhail yang merupakan bapa tunggal juga sukakan Zulaikha namun anaknya tidak dapat menerima kehadiran Zulaikha. Kamil didapati mengihidapi penyakit HIV. Namun demi cinta dan mahu menjaga Kamil Zulaikha sanggup untuk menjadi isteri Kamil. Dr Mikhail habis-habisan mahu menghalang perkahwinan ini kerana baginya perkara itu tidak masuk akal wanita secantik Zulaikha mahu berkahwin dengan pesakit HIV. Adakah sudah ketentuan Ilahi bahawa jodoh Zulaikha bersama Kamil? Sama-sama kita saksikan.
Pelakon: Azlee Khairi, Amyra Rosli, Arja Lee, Namron, Ustaz Dini.

CEREKAPILIHAN: JATUH CINTA – 17 Januari 2014 (Jumaat), 1.30 petang
Sinopsis: Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana. Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup. Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha. Manisah bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah keluar dari kampungnya. Ayahnya mahukan Manisah gembira dan berharap dia akan berkahwin dengan seorang yang kaya. Suatu hari, Badrul kembali ke kampung halamannya untuk menguruskan beberapa projek. Ketika sedang berjalan di kampung, dia terlihat Manisah yang bergelut untuk bangun selepas digigit oleh serangga yang menyebabkan sayur-sayurannya rosak. Badrul membeli sayur-sayuran yang sama sebagai ganti untuk Manisah dan selepas itu mereka menjadi rapat. Apakah yang bakal berlaku kemudian?
Pelakon: Fahrin Ahmad, Eina Azman, Eyka Farhana, Hanez Suraya, Mohammad Hanis, Shukri Yahaya, Idris Mat Diah, Liza Abdullah.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesemua telefilem hebat ini di TV3 dan juga layari Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Setulus Kasih 3

Setulus Kasih

Setulus Kasih 2

Pintu Lain Ke Syurga 2

Pintu Lain Ke Syurga 3

Pintu Lain Ke Syurga 4

Pintu Lain ke Syurga 5

Pintu Lain Ke Syurga

Luth Mahfuz 3

Luth Mahfuz 4

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Komedi Besan Tiga Segi

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama