in

Telefilem Getaran Jiwa Lakonan Izzue Islam Fir Affandi Marsha

Slot Tribute P.Ramlee : Telefilem “Getaran Jiwa” Arahan Micheal Ang di TV1

Telefilem pengarah terkenal Micheal Ang bertajuk “Getaran Jiwa” yang mengisi slot Tribute Khas P.Ramlee dalam mengenang karya-karya terbaik Allahyarham lagenda tersohor negara ini bakal disiarkan menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) hujung minggu ini.

Saksikan lakonan berkesan Izzue Islam, Amar Mohd Bahrin, Marsha Milan Londoh, Amar Asyraf dan Fir Affandi ini pada 11 November 2012 (Ahad), jam 9.00 malam di TV1 yang diinspirasikan daripada jalan cerita dan tajuk lagu terkenal legenda perfileman negara itu.

“Getaran Jiwa” mengangkat kisah semangat juang sekumpulan anak muda yang berbakat dalam bidang muzik. Namun minat mereka itu tidak mendapat sokongan daripada penduduk Kampung Sungai Dalam yang menganggap minat mereka untuk menghasilkan album dan menjadi bintang rock terkenal seperti Search, Wings dan Bumiputera Rocker itu hanya sia-sia. Sudahnya bakat band diberi nama Kugiran memperjuangkan muzik indie rock yang dianggotai oleh Nas selaku vokalis, Meng (gitar utama), Amy (pemain bass) dan Isman (pemain dram) terbiar begitu sahaja.

michael ang menampilkan pelakon baru yang berbakat amar dan izzue islam

Satu hari mereka nekad mahu mengejar cita dan berhirah ke Kuala Lumpur. Tiada halangan bagi Nas, Amy dan Isman untuk ke sana cuma Meng yang terpaksa berusaha memujuk keluarganya yang mahu Meng mengambil alih tugas menguruskan kedai runcit mereka. Namun Meng akhirnya turut sama menyertai teman-temannya ke ibukota meskipun tanpa keizinan keluarganya.

Tiba di Kuala Lumpur mereka bertemu dengan Azizul, teman baik Nas yang tinggal di sana. Di situ juga rahsia pembohongan Azizul terbongkar dimana dia bukanlah bekerja sebagai pegawai bank yang diuar-uarkan kepada penduduk kampung sebaliknya dia hanyalah seorang pengawal keselamatan. Mereka kemudiannya menumpang tinggal di rumah Azizul dan masing-masing mula rasa tidak selesa kerana terpaksa berhimpit di bilik yang kecil.

Masa inilah mereka melihat Kuala Lumpur bukan syurga sebaliknya kota yang penuh dengan seribu cabaran. Selepas beberapa minggu tidak bekerja, mereka terpaksa mengikat perut sehingga mendapat kerja sambilan. Namun impian mereka bergelar artis tidak pernah padam. Malah dengan hidup yang sudah inilah yang menjadikan inspirasi untuk lagu-lagu yang ditulis.

Nas kemudiannya berkenalan dengan Aliya yang merupakan seorang event manager. Nas meluahkan hasratnya untuk menjadi artis kepada Aliya. Kerana merasakan Nas dan kumpulan Kugiran ‘The Monkiss’, Aliya berhasrat mahu membantu dengan menjadi pengurus mereka. Sebagai permulaan dia mencipta akaun di laman sosial seperti myspace, facebook dan youtube. Lagu yang dicipta oleh Kugiran dimuat naik oleh Aliya dalam laman sesawang tersebut. Beberapa orang yang mendengar lagu itu sangat teruja dengan band dari Kampung Sungai Dalam ini.

Muzik Kugiran mula popular di myspace dan peminat mereka mula bertambah dan satu hari mereka ditawarkan untuk membuat persembahan dalam gig. Tetapi malangnya hanya beberapa orang sahaja yang hadir menyaksikan persembahan mereka.

Pergolakan bermula apabila Nas meminjam duit daripada Ah Long. Malah kerana kesempitan wang dia sanggup mencuri video kamera Aliya dan menjualkannya. Mereka berempat bertengkar dan saling menyalahkan antara satu sama lain. Malah Amy menuduh Nas mengabaikan impian mereka dan asyik bercinta dengan Aliya.

Mereka berpecah dan membuat hal masing-masing. Dalam masa yang sama Aliya cuba memujuk Amy Mastura menjadikan band Kugiran sebagai artis pembukaan untuk konsertnya. Berjayakah mereka mencapai cita menjadi artis? Atau impian mereka sekadar berkubur di situ?

Menerusi slot sama minggu seterusnya saksikan telefilem Miang Buloh Keladi Birah (Bade Hj Azmi); Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) mengisi slot sama menampilkan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk menghasilkan karya terbaik mereka pada Malam Anugerah P.Ramlee dijangka berlangsung tahun depan.

Penghasilan 10 telefilem mengisi slot Tribute P.Ramlee memaparkan plot cerita dan tajuk yang diolah daripada tajuk lagu dan senikata lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan legenda perfileman negara itu.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tickets Price The Jacksons Unity Tour 2012

Samsung ATIV Smart PC Series Equipped Windows 8 OS