in

Telefilem Astro SMK: RAYA DEKAT JAUH Menang di Anugerah ContentAsia

Telefilem komedi Astro Ceria SMK: Raya Dekat Jauh berjaya mengungguli gelaran Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme di Anugerah ContentAsia, mengalahkan pesaingnya dari Taiwan, Unlocked. Anugerah ini merupakan satu-satunya kemenangan bagi negara Malaysia.

SMK: Raya Dekat Jauh merupakan telefilem dari siri komedi Astro Ceria, SMK (dilancarkan pada tahun 2019) yang memfokuskan kepada gelagat melucukan sekumpulan remaja menghadapi pelbagai situasi di sekolah mereka. SMK menampilkan bakat-bakat muda tanah air termasuklah Wafiy A’an, Fikry Kiki, Rykarl Iskandar, Mia Sara Nasuha, Erissa Puteri, Kashika Selvam, Arena WanIdan Aedan, dan Aniq Iffat.

SMK: Raya Dekat Jauh adalah telefilem pertama di Malaysia yang dirakamkan dari jarak jauh dalam tempoh 6 hari keseluruhannya. Kesemua barisan pelakon, yang berusia antara 12 hingga 20 tahun, merakam sendiri semua adegan mereka dengan menggunakan telefon bimbit, namun begitu dibimbing oleh pengarah, saudara Shamyl Othman, melalui panggilan secara maya. Barisan pelakon cilik itu sekaligus memainkan peranan produksi sebagai sinematografer, pencahayaan, audio, tatarias, dan solekan, dengan bantuan dari ahli keluarga mereka di rumah.

SMK Raya Poster Official

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Di Astro, kami sentiasa mengambil inisiatif untuk mengkaji pelbagai kaedah inovatif untuk menghiburkan pelanggan setia kami. Ketika kandungan berdasarkan skrin mempunyai permintaan amat tinggi kerana ketidakmampuan penonton untuk meninggalkan rumah mereka disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami memanfaatkan keadaan getir ini dengan membuat rakaman telefilem pertama dari jarak jauh kami, SMK: Raya Dekat Jauh. Kami amat teruja dan berterima kasih kepada ContentAsia atas penghormatan dan pengiktirafan ini, dan akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi pelanggan kami.

SMK: Raya Dekat Jauh boleh distrim melalui aplikasi Astro GO, manakala musim kedua SMK akan bermula pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam di Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai SMK, layari laman sesawang rasminya di astroceria.com.my/smk/ dan ikuti halaman Instagram rasminya di instagram.com/smk.kita.

ContentAsia Awards merupakan upacara pengiktirafan bagi kandungan terbaik di seluruh Asia, termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi. Majlis anugerah ini telahpun disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi ContentAsia pada 28 Ogos. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai anugerah, layati contentasiaawards.com.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dah 37 Tahun, Luna Maya Susah Cari Calon Suami

Alina Hassan Sebak Siti Sarah Taja Pembedahan Buang Katarak