in

Teks Ucapan Pengurus Saluran Astro Ria – Anak Wayang

TEKS UCAPAN
ENCIK KHAIRUL MIZAN SHAGUL
PENGURUS SALURAN ASTRO RIA
MAJLIS SIDANG MEDIA ANAK WAYANG
21 April 2009 | 2.30 petang | Mandarin Oriental Hotel, KL

3469178911 D7F6Ac59E6 | 4

Yang dihormati rakan-rakan media,
Rakan-rakan Astro
Barisan anak seni dan karyawan yang disegani
Hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat petang dan terima kasih diucapkan kepada para tetamu terutama sekali kepada rakan-rakan media kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami dalam majlis sidang media kedua yang diadakan bersempena dengan projek mega Anak Wayang.

Hadirin sekalian,
Pada hari ini kami amat berbesar hati untuk mengumumkan barisan tenaga pengajar yang bakal mencurahkan segala ilmu dan pengalaman mereka selama mereka bergelar anak wayang kepada calon-calon Anak Wayang yang sedang dikenal pasti. Kami juga akan mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi drama bersiri 50 episod yang akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang berjudul Kecuali Cintamu yang akan bersiaran  di Astro Prima berjudul Kecuali Cintamu.

Bagi pihak Astro, kami amat mengalu-alukan kedatangan dan ingin mengucapkan selamat datang kepada barisan tenaga pengajar yang telah dipilih bagi mewarnai dan merencahkan lagi perjalanan hidup calon-calon Anak Wayang pada musim pertama ini. Kami amat berbangga kerana mereka sudi bekerjasama dengan pihak produksi kami bagi melahirkan seorang yang layak untuk digelar sebagai Anak Wayang pertama dari Astro.

Kami percaya setiap seorang daripada tenaga pengajar yang telah dipilih ini mempunyai kekuatan yang tersendiri di samping pengalaman yang meluas dalam bidang seni lakon layar dan persembahan pentas untuk dikongsi bersama bukan sahaja dengan calon-calon Anak Wayang tetapi juga di kalangan para penonton. Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama mendidik pelapis-pelapis seni negara amat kami hargai dan kami pasti musim pertama program realiti mencari bakat lakonan Anak Wayang ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran mereka.

Hadirin sekalian,
Seperti yang sedia maklum, objektif utama kami dalam menghasilakn projek Anak Wayang ini ialah untuk  menggegarkan industri drama tempatan dengan idea dan bakat-bakat baru yang dapat mewarnai lagi industri hiburan tanahair. Secara tidak langsung, ini dapat mengukuhkan lagi pendirian Astro yang ingin menjadi platform kepada bakat industri drama tempatan tanahair untuk terus berkembang. Ini menguatkan lagi hasrat Astro yang ingin menjadi destinasi utama atau one-stop drama centre kepada semua drama tempatan dan menyokong kepada penjenamaan Astro Megadrama yang sering dilaung-laungkan.

Hadirin sekalian,
Untuk makluman semua, pihak produksi baru sahaja selesai mengadakan sesi ujibakat di tiga buah negeri bermula pada awal bulan April ini dan tamat pada hujung minggu yang lalu. Sebagai hasil, lebih dari 4,000 orang hadir untuk diuji bakat dan respon baik yang kami terima ialah mereka melihat projek mega Anak Wayang ini mampu mencetuskan satu fenomena baru dan luar biasa kepada industri seperti yang kita kecapi semasa program realitri Akademi Fantasia mula-mula diperkenalkan pada musim pertama dulu. Kami percaya gabungan bakat lakonan semulajadi para peserta, pasukan produksi kami yang dedikasi dan sokongan dari para pencinta seni mampu merealisasikan hasrat kami ini. Kami juga percaya pihak media mampu untuk menjadi titi penyambung bagi menjanakan dan mempopularkan program Anak Wayang kepada khalayak umum melalui penulisan di dada akhbar dan majalah. Sokongan daripada pihak media adalah amat kami alu-alukan.

Sekian. Terima kasih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Kursus Muzik Remaja Rakan Seni Budaya

Pernikahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan SAH