in , ,

Teka Teki Terjawab, Nabila Huda Pengacara Baru Melodi, Gantikan Awal Ashaari & Janna Nick

Segala teka teki terjawab, pihak TV3 telah menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick dengan pengacara baharu iaitu Nabila Huda.

Sejak minggu lalu, timbul desas desus mengenai siapa yang bakal menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara Melodi.

Namun, segalanya terjawab apabila pelakon Nabila Huda merupakan pengacara baru program hiburan tersebut.

Menurut Harian Metro, berdasarkan jemputan yang dihantar kepada pihak media memaklumkan TV3 akan mengadakan satu sidang media Isnin ini bagi mengumumkan pengacara baru Melodi, Muzik Muzik dan Nona.

Sidang media itu turut membabitkan sesi temubual bersama Nabila Huda untuk program Melodi. Selain itu, dalam sidang media berkenaan turut memperkenalkan barisan pengacara baharu untuk program Nona dan Muzik-Muzik.

Difahamkan, Amyra Rosli bakal menggantikan Mira Filzah untuk program Nona, manakala penyanyi Sissy Imann dilaporkan bakal mengacarakan program Muzik- Muzik.

Esok merupakan episod akhir dimana Awal dan Janna sebagai pengacara program hiburan popular itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana Bagi Masa 48 Jam Untuk Lan Solo & Syura Badron Buat Permohonan Maaf

Pelakon Veteran Baharuddin Omar Meninggal Dunia di Usia 85 Tahun