in ,

Teka Lagu & Menang Wang Tunai Bersama Ayda Hebat

Pasti ramai yang tertanya, apa yang sedang berlaku di konti ERA fm Sarawak? Kemunculan Ayda Hebat di ERA fm Sarawak menjadi persoalan. Siapakah Ayda Hebat dan kenapa dia berada di konti?

ayda hebat final

Teka Lagu & Menang Wang Tunai Bersama Ayda Hebat di ERA fm Sarawak!

[dropcap]B[/dropcap]ermula 23 Mei (Isnin) hadapan, dan berakhir pada 3 Jun nanti, ERA fm menyeru pendengar setia mereka untuk melayan kerenah Ayda Hebat di corong radio dan merebut peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM 15,000.

Pendengar juga perlu memberikan sepenuh perhatian dengan nyanyian daripada Ayda Hebat dan berikan tajuk lagu serta nama penyanyi dalam masa 5 saat. Pemenang akan memenangi wang tunai RM250. Bukan sekadar hiburan, pedengat turut tidak kering gusi apabila mendengarkan Ayda Hebat menyanyikan lagu-lagu dengan pelbagai caranya.




Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Ayda Hebat sangatlah mudah dan sering berkumandang di ERA fm Sarawak. Anda hanya perlu menjadi pemanggil terpantas bagi menembusi talian studio ERA fm Sarawak, 082-420961 untuk merebut peluang memenangi wang tunai ini.

Dengarkan ERA fm Sarawak di Kuching 96.1fm & Miri 101.3fm. Anda juga boleh layari laman web www.era.fm untuk mengetahui notis privasi serta terma & syarat peraduan.

Siapa lagi hebat dari Ayda Hebat? Nantikan kemunculanya di ERA fm Sarawak!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peluang Untuk Menonton Persembahan Adele di Paris

Apa Yang Menarik Bakal Ditonton Dalam 2016 Billboard Music Awards