in

Teka Bunyi Dalam Telinga Power Suria FM

Suria FM kini memberi peluang kepada semua pendengar untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000 di dalam peraduan, Telinga Power Suria FM. Peraduan ini akan berlangsung dari Isnin hingga Jumaat, bermula 7 April 2014 sehingga 2 Mei 2014.

Telinga Power Suria FM memerlukan pendengar meneka bunyi dan setiap bunyi ini bernilai RM500. Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 dan teka bunyi apakah yang dimainkan. Telinga Power Suria FM akan keudara menerusi tiga segmen iaitu :

• Segmen Ceria Pagi – Halim Othman dan Adibah Noor (5 pagi – 10 pagi)
• Segmen Ceria Petang – Linda Onn (4 petang – 8 malam)
• Segmen Ceria Suria – Reza Mohamed (10 pagi – 1 petang) bergilir-gilir dengan segmen Santai Ceria – Seri (1 petang – 4 petang) dan segmen Selamat Malam Suria – Bob Ringgo (8 malam – 10 malam)

Pembayang bunyi akan diberikan dari semasa ke semasa oleh penyampai serta menerusi Facebook Suria FM; www.facebook.com/SuriaFMRadio. Jika pendengar tidak berjaya meneka bunyi yang dimainkan, wang akan digandakan sebanyak RM500 bagi segmen seterusnya sehinggalah bunyi tersebut berjaya diteka dengan betul. Untuk maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my. Suria FM, menceriakan telingamu.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nora Danish Uniqlo

UNIQLO Launch Kids Baby Collection

Red Carpet The Amazing Spider-Man 2 Gamatkan Peminat Singapura