in ,

Tebus Kesilapan Dalam Filem SEVEN POUNDS

Menampilkan lakonan mantap aktor terkenal Will Smith bergandingan dengan Rosario Dawson, Woody Harrelson dan Michael Ealy, filem arahan Gabriele Muccino ini berkongsi cerita watak Tim Thomas menghadapi tekanan perasan dan rasa bersalah atas kemalangan kereta yang dipandunya yang telah menyebabkan kematian tunangnya dan enam orang yang lain.

Seorang lelaki yang kematian tunang dan enam orang lain kerana kemalangan jalan raya membantu tujuh orang lain untuk meneruskan hidup mereka. Kisah yang memberi inspirasi ini dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas pada sambutan tahun baharu 2019 menerusi tayangan filem Inggeris bertajuk “Seven Pounds”1 Januari ini, pukul 9.30 malam di TV2.

poster Seven Pounds

Menampilkan lakonan mantap aktor terkenal Will Smith bergandingan dengan Rosario Dawson, Woody Harrelson dan Michael Ealy, filem arahan Gabriele Muccino ini berkongsi cerita watak Tim Thomas menghadapi tekanan perasan dan rasa bersalah atas kemalangan kereta yang dipandunya yang telah menyebabkan kematian tunangnya dan enam orang yang lain. 

Peluang Tebus Kesilapan Dalam Filem SEVEN POUNDS Tahun Baharu Ini di TV2    

Untuk menebus kesalahannya Tim telah memutuskan untuk menyelamatkan tujuh nyawa. Beliau telah menderma secebis paru-parunya kepada abangnya Ben. Enam bulan kemudian Tim mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Holly seorang pekerja di sebuah pusat pemeliharaan kanak-kanak. 

Dia juga turut menderma satu buah pinggangnya kepada George seorang pelatih hoki sekolah rendah. Selain itu beliau juga turut menderma tulang sum-sum kepada seorang kanak-kanak bernama Nicholas. 

Selanjutnya Tim jua ingin menderma cornea matanya kepada Ezra seandainya beliau meninggal dunia. Ezra merupakan seorang pemuzik buta di sebuah taman yang mengadakan pertunjukan muzik setiap minggu. 

Atas cadangan Holly, Tim bertemu dengan Connie Tepos, ibu kepada dua orang anaknya yang sering kali didera secara fizikal oleh teman lelakinya. Tim membantu beliau dengan cara menyerahkan rumah beliau di tepi pantai kepada Connie agar dia dapat memulakan hidup baru jauh daripada teman lelakinya. 

cinta dalam Seven Pounds

Tim seterusnya telah bertemu dengan Emily Posa seorang yang bekerja sendiri dengan mencetak kad ucap selamat. Mereka berdua akhirnya jatuh cinta. Emily merupakan seorang pesakit jantung dan Tim berazam mendermakan jantungnya kepada kekasihnya itu.

Satu hari Tim cuba membunuh diri dengan cara memenuhkan kolam mandi di bilik air dengan air batu (untuk menjamin semua organ penting dapat disimpan) dan melepaskan obor-obor berbisa. Dia merasakan masanya telah tiba dan dia sudah betul-betul bersedia untuk ‘pergi’. 

Beliau sempat meninggalkan wasiat kepada rakan baiknya Dan yang perlu memastikan apabila beliau mati nanti organnya akan didermakan kepada orang yang telah dipilih termasuklah Ezra dan Emily kekasihnya. Namun adakah cubaannya berjaya?

babak dalam Seven Pounds

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Roadmovie DESTINASI UKHUWAH

Sophia Fredskild Masih MENANTI CINTA