in

Teater Muzikal Matah Ati di Istana Budaya

Persembahan Matah Ati adalah sebuah teater muzikal yang dilengkapi epik purbakala percintaan dan perjuangan yang telah terjadi di Pulau Jawa, Indonesia. Teater ini bakal di pentaskan di Panggung Sari Istana Budaya pada 22-24 Mei bermula jam 8.30 malam, di samping itu juga anda berpeluang untuk menyaksikannya pada sebelah petang (matinee) pada tarikh yang sama.

Teater muzikal jawa ini akan dipentaskan selama 90 minit, pelbagai kostum tradisional Jawa akan dipertontonkan kepada khalayak. “Matah Ati” adalah naskhah hebat garapan Atilah Soeryadjaya disamping Pengarah Artistik Jay Subyakto yang pernah dipertontonkan di Esplanade Theatre (Singapura), Teater Jakarta, Taman Ismail Marzuki, Jakarta dan Paramedan Solo.

Teater Muzikal Matah Ati di Istana Budaya

Dato’ Mohamed Juhari Shaarani selaku Ketua Pengarah Istana Budaya berkata:

“Teater ini merupakan yang pertama di Indonesia yang mengolaborasikan antara tarian, tembang Jawa, nyanyian dan drama. Bahasa dalam pertunjukan ini juga menggunakan bahasa Jawa”,ujar Puan Atirah Soeryadjaya

“Seramai 100 orang akan terlibat secara langsung dalam produksi Matah Ati ini. Kami juga memilih untuk mementaskan teater ini di Istana Budaya kerana hanya disinilah segala fasilitas boleh didapati selain ianya adalah sebuah tempat yang cukup eksklusif dan paling mudah untuk penonton menghayati apa yang ingin kami persembahkan”,tambah beliau

“Matah Ati merupakan sebuah teater yang bertaraf antarabangsa malah ianya merupakan teater Indonesia pertama yang berjaya menembusi halangan daripada pihak Istana Budaya, dimana sebelum ini belum ada mana-mana produksi yang berjaya ‘menawan’ Istana Budaya”.

Jay Subiakto selaku Pengarah Artistik:

“Untuk memastikan setiap penonton dapat menyaksikan apa yang ingin kami sampaikan, saya akan memastikan ruang pentas akan dicondongkan 45 darjah, ianya dilakukan agar semua penonton dapat menyaksikan daripada pelbagai sudut. Cabaran terbesar kami ialah bagaimana mempersembahkan sebuah produksi yang mengetengahkan apresiasi budaya, memberi makna dan pada masa sama menarik untuk ditonton.”

Lakon tari itu diberikan sentuhan moden oleh penata artistik, Jay Subiyakto yang sebelum ini terlibat dalam teater muzikal Laskar Pelangi. Ini adalah kali pertama sebuah persembahan teater dengan skala besar dari Indonesia dibawa ke Malaysia. Matah Ati dipersembahkan di Kuala Lumpur oleh ZI Communication Sdn Bhd.

“Matah Ati tidak hanya mengangkat kisah sejarah Jawa tetapi ini adalah sejarah rantau ini. Saya berbesar hati mempersembahkan teater epik ini kepada rakyat Malaysia yang juga berkongsi budaya dengan masyarakat Jawa,” kata pengerusi ZI Communication, Datuk Zulkifli Ishak.

[pullquote]Matah Ati pertama kali dipentaskan di Esplanade, Singapura pada Oktober 2010 sebelum dipentaskan semula di Jakarta dan Solo pada 2011 dan 2012. Atilah tahun lalu mementaskan teater kolosal, Ariah di lapangan dekat Monumen Nasional di tengah-tengah Jakarta, sempena sambutan ulang tahun ke-486 ibu kota Indonesia itu.[/pullquote]

81397205302_freesize

Sinopsis Teater Muzikal Matah Ati

[dropcap]M[/dropcap]atah Ati berkisarkan kepada cinta dan kekaguman, gejolak dalam peperangan, menjadikan Rubiyah, seorang gadis dari sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Matah membulatkan tekad untuk menerima lamaran dari seorang pahlawan yang sangat terkenal kerana keberaniannya melawan penjajahan. Panglima dari Surakarta iaitu Raden Mas Said yang turut dikenali sebagai Pangeran Sambernyowo.

Ketangkasan Rubiyah, keindahannya dalam tarian, kelembutan seorang isteri yang begitu mulia hatinya, dengan paras yang cantik serta sangat sederhana menjadikan dia cukup sempurna, namun sisi sebenarnya Rubiyah adalah seorang wanita yang punya keazaman, keyakinan serta ketangkasan bermain senjata menjadikan beliau seorang pahlawan wanita yang digeruni oleh pihak lawan.

Love and admiration in the midst of war, a young girl from the village of Matah, Rubiyah succumbs to her determination to accept a proposal from a fearless warrior who courageously leads his armies to victory against the injustices of the Dutch East India Company (VOC) who colonized the kingdom. During mid-18th century Java, massive unrest and rebellions for freedom against the VOC was led by a knight from Surakarta, Raden Mas Said, also known as Pangeran Samber Nyowo.

Raden Mas Said becomes overwhelmed with admiration for the village girl after witnessing her body radiate with light, signifying that she was not just an ordinary woman but one that bears a gift from the Creator. He grows enchanted by her spirit, by which he feels will serve as inspiration in his struggle against the injsutices wrought upon by the Dutch colonizers. Rubiyah’s skill, beauty, grace and charm epitomizes the perfect woman and the prince falls un love. Rubiyah’s gentle exterior can easily transform into a fierce warrior as she leads the troop of women soldiers into battle, exhibiting strength and skill in the strategy of warfare and weaponry that equal her male counterpart.

Through 16 years of battles and rebellions their opponents were exhausted so they drafted an agreement. Raden Mas Said earns the title Kangjeng Gusti Pangeran Adipati Arya Mangkoenagoro I and he takes Rubiyah as his wife crowning her with the title Bendara Raden Ayu Matah Ati as she was born in the village of Matah, a name that can be intepreted to mean “serving the heart of a prince”. Thus, begins the royal lineage of the Mangkunegaran Palace.

Apakah kesudahan teater “Matah Ati”, apakah yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang dilengkapi darah pahlawan yang mengalir deras. Untuk mengetahui kisah yang diadaptasi dari kisah benar maka wajarlah anda untuk menonton teater yang penuh dengan konflik, warna warni kehidupan yang dilatari nuansa purbakala dan moden serta tarian tradisional kebanggaan Indonesia.

Anda yang ingin menyaksikan kehebatan teater “Matah Ati” bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM70, RM120, RM160, RM220 dan RM280. Tiket-tiket boleh didapati di www.ezitix.net

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Pengenalan Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2

AirAsia X Adds Xi’an on its Network