in

Teater Muzikal Ibu Zain di Matic 13 hingga 22 Mac Ini

Pada 4 Februari lalu jam 3 petang, d Bilik Sidang Media, Istana Budaya telah berlangsung sidang media Teater Muzikal Ibu Zain yang dihadiri oleh pelakon-pelakon utama dan turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Mukhriz Mahathir.

Dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, Istana Budaya, Matic, Aswara dan De’Media & Event Entertainment.

Muzikal ini diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan dan diarah oleh Rosminah Mohd Tahir yang menjadi penulis skrip asal.

Muzikal ini pernah dipentaskan pertama kalinya pada 12 hingga 18 Ogos 2008 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51 tahun.

3255170269 3D8527F9Fc O | 3

3256031588 D2178E6Ed9 O | 4

3256033630 781C4A04Fd O | 5

3256002854 03D6E81B35 O | 6

Teater Muzikal Ibu Zain kali kedua ini akan dipentaskan mulai 13 hingga 22 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur di mana terdapat muka lama dan muka baru dalam gandingan musim kedua ini.

Mengekalkan teraju utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain.

Namun kali ini, aktres Catriona Ross peran sebagai Miss Ruth tidak menyertai team kali ini kerana mempunyai komitmen lain. Watak Miss Ruth diganti oleh pendatang baru dalam dunia teater, Datin Natasha Hudson. Tidak banyak scene untuk Miss Ruth, cuma 3 scene sahaja tetapi itu satu tanggungjawab besar untuk dipikul.

3255175633 Edd7Fed827 | 7

Datin Natasha Hudson sebagai Miss Ruth

3256038322 179C2C2Acf | 8

Nur Fatimah sebagai Ibu Zain (dewasa)

3255210531 1Eb6Bb52F9 | 9

Mazin Ameen Siraj sebagai Amin

 

Sebenarnya, Cat sendiri yang mencadangkan beberapa nama pelakon yang dirasakan mampu menggantikan tempatnya. 

“Saya anggap tiada rezeki dan sayang untuk lepaskan watak Miss Ruth sebab saya yang memegang karektor itu di dalam muzikal tersebut dulu. Saya tidak dapat berlakon untuk musim kedua ini kerana mendapat tawaran berlakon filem di mana saya dah tandatangan kontrak untuk berlakon filem itu sejak bulan Disember. Jadi, terus saya cadangkan tiga nama iaitu Natasha Hudson, Annahita Bakavoli dan Sharifah Sofea. Selepas itu, mereka memilih Natasha. Saya rasa tak salah mereka memilih Natasha kerana dia bukan sahaja merupakan kawan baik saya malah turut membuka peluang baru kepadanya yang baru pertama kali menceburi bidang teater.”

3256032572 0A8Caef0B1 | 10

Ucapan Perasmian Dari Aman Malaysia… Peace!

Siapa Ibu Zain?

  1. Seorang nasionalis yang berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Beliau sanggup berjuang ke mana sahaja sehingga ditembak oleh komunis di pahanya. Parut di paha itu dianggapnya sebagai Peta Merdeka.
  2. Beliau adalah Ketua kaun Ibu kebangsaan yang kedua atau sekarang dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO.
  3. Beliau seorang tokoh guru yang banyak berjasa
  4. Beliau seorang tokoh persuratan dan penulisan.

Untuk kali kedua ini, Budiey rasa tak sabar untuk menonton Muzikal ini dipentaskan di lokasi yang lebih kecil tapi Budiey lihat rata-rata pelakon menggendong semangat yang begitu tinggi membara. Selamat berlatih untuk semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Fantasi MERLIN Lakonan Colin Morgan, Bradley James

Gambar Natasha Hudson di Sidang Media Muzikal Ibu Zain