in , , ,

Teater BAIK PUNYA CILOK di Istana Budaya

awie

Pada awal bulan Mac 2015, sebuah undian telah dijalankan dimana orang ramai diberi pilihan untuk menentukan filem apakah yang patut dijadikan persembahan pentas di Istana Budaya. Antara filem yang tercalon dalam undian adalah filem Pontianak vs Orang Minyak, Baik Punya Cilok, Lemak Kampung Santan, Papadom, Sumolah dan Buli.

Keputusan menunjukkan yang rata-rata peminat filem dan peminat teater ingin melihat Baik Punya Cilok, filem arahan Afdlin Shauki pada tahun 2005 yang pernah memenangi beberapa anugerah, dibawa ke pentas teater; sewajar dengan ulangtahun ke-10 filem tersebut.

Seperti filemnya, Teater Baik Punya Cilok akan mempertemukan semula watak Aben (Afdlin Shauki), Bob (Awie), Jerry (Hans Isaac) dan Wak (Datuk AC Mizal) di atas satu pentas.

Pelakon-pelakon lain yang turut menjayakan Teater Baik Punya Cilok akan diumumkan tidak lama lagi.

Afdlin Shauki yang merupakan penulis dan pengarah asal juga akan memikul tanggungjawab yang sama untuk pementasan ini. Elemen komedi dan intipati yang terdapat dalam filem akan dikekalkan di dalam produksi teater Baik Punya Cilok. Kelainan yang akan ditampilkan adalah elemen muzikal yang akan disuntik di dalam pementasan ini. Pengarah muzik yang akan menjayakan teater ini adalah Pacai.

Teater Baik Punya Cilok akan berlangsung dari 25 April 2015 sehingga 1 Mei 2015 di Istana Budaya – hanya 9 persembahan eksklusif! Persembahan akan dijalankan pada jam 3.30 (Sabtu & Ahad) dan 8.30 (setiap persembahan)

Harga tiket bermula dari RM55, RM85, RM110, RM140, RM160, RM190.

PROMOSI ISTIMEWA : Setiap pembelian tiket Teater Baik Punya Cilok DAN Lawak Ke Der 2015 sebelum 1 April 2015 akan diberikan diskaun sebanyak 20% setiap persembahan.

Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz dan di kaunter Box Office Istana Budaya. Untuk sebarang pertanyaan tentang pembelian tiket, sila hubungi 03 4147 8600

Baik Punya Cilok Teater Istana Budaya

SINOPSIS RINGKAS Teater BAIK PUNYA CILOK

Kisah lucu 4 orang sahabat, Aben, Bob, Jerry dan Wak yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul. Menyedari nilai keronsang itu begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda. Wak tidak mampu membayarnya.

Dalam keadaan yang terdesak, 4 sahabat itu merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut. Lagaknya seperti Robin Hood abad baru. Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu. Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa. Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir.

Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur. Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka. Tanpa diduga, kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong. Kedai tersebut telahpun dirompak terlebih dahulu oleh orang lain! Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya. Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak. Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri. Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry. Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi. Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Muzik Video Elizabeth Tan KNOCK KNOCK di Laman Youtube

Jom Sertai Bengkel MAKE ME A TV PERSONALITY