in , ,

Teaser Video Muzik RISIKO Gabungan Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK & TUJU

Sebelum ini, Budiey ada terdengar ura-ura tentang kolaborasi lima orang penyanyi bergabung untuk menghasilkan sebuah lagu yang bakal meletop. Dan, khabar angin itu telah terjawab dengan sebuah teaser yang didedah oleh produksi Twntytwo Degree sebentar tadi!

Pada jam 8 malam ini, sebuah video penggoda (teaser) berdurasi 11 saat untuk single terbaharu berjudul RISIKO telah disiarkan dan menjadi viral di semua sosial media. 

Terang-terangan menerusi teaser ini, ia mendedahkan kepada kita semua lagu ini dihasilkan dengan gabungan lima penyanyi hebat berbakat besar dan punya karisma tersendiri iaitu Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK & TUJU.

Gais, ada dua nama yang membuatkan Budiey terkesima apabila melihat MK & Tuju dalam satu frame! Ye lah, Budiey rasa korang tahu sebelum ini dua sosok penyanyi rap ini dikatakan bergaduh dan tak sehaluan lagi. 

Teaser Video Muzik RISIKO Gabungan Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK & TUJU

Jadi, lagu ini pastinya mengejutkan ramai pihak kerana akhirnya dapat melihat mereka disatukan kembali. Ini satu berita gembira buat peminat yang nak sangat mereka bergabung semula, kan?

Walaupun durasinya 11 saat namun setelah disiarkan nanti, Budiey pasti teaser ini membuatkan ramai peminat tak sabar untuk menonton video penuh lagu RISIKO ini yang khabarnya akan disiarkan pada 22 Februari nanti.

Untuk info korang, pengambaran video muzik RISIKO diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa selama dua hari. Dengan kemahiran yang superb dan kreativiti krew produksi Twntytwo Degree,

Teaser Video Muzik RISIKO Gabungan Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK & TUJU

Budiey percaya video muzik ini nanti memberi impak yang besar dan akan menjadi penanda aras untuk penghasilan video muzik di Malaysia yang lebih baik. Apa yang boleh Budiey katakan, sinematografi yang memukau dan visual yang menarik menjadi taruhan utama video muzik ini.

Lagu RISIKO ini menceritakan tentang setiap orang punya cerita hidupnya sendiri yang unik, dan cara mereka mencapai puncak atau kejayaan juga berbeza-beza. Ada yang merancang setiap langkahnya dengan teliti dan berusaha keras mencapai matlamatnya. Tapi ada juga yang menghadapi rintangan dan cabaran yang tak disangka, tapi pengalaman itu membuat mereka lebih kuat. 

Kalau korang rasa video teaser ini menarik apa kata korang share di laman sosial korang. Nantikan pada masa akan datang, mungkin akan ada teaser lain pulak selepas ini. Yang pasti, korang akan dapat menonton video muzik penuh pada 22 Februari ini serentak dengan pelancaran single ini di semua platform penstriman. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

INTERCONTINENTAL HOTEL KUALA LUMPUR

Alamilah Anugerah Warisan Ramadan Ini di Hotel InterContinental KL

FABIO AIZAT

Malam Intim Bersama Fabio Asher & Aizat Amdan di JioSpace 24 Februari Ini