in ,

Yang Best Tentang Teaser Trailer ROGUE ONE: A STAR WARS STORY

Yang korang tunggu-tunggu, akhirnya menjelma di laman maya Youtube… sebuah teaser trailer ROGUE ONE: A STAR WARS STORY kini dapat ditonton setelah dilancar secara rasmi di saluran Youtube Star Wars pada hari ini. Setakat ini, semasa jemari Budiey menulis entri, teaser trailer ini sudah pun ditonton sebanyak 7,321,186 kali. Wow…!

AN1-FF-010

Berdurasi selama 1 minit 57 saat, teaser trailer ini memaparkan beberapa babak menarik dalam filem ROGUE ONE: A STAR WARS STORY.  Kemunculan watak baru juga memberikan warna kepada jalan cerita serta beberapa alat serta kapal binaan baru membuatkan filem ini pasti wajib tonton. Yeah, Budiey sangat excited dah pun menontonnya!

Ramalam para pemerhati filem, apakah akan ada kelibat anggota Deathtrooper yang kerapkali dibual-bualkan oleh peminat tegar dan para teoris Star Wars selama ini?

Diarahkan oleh Garteh Edwards (Godzilla, Monsters) ia mengisahkan sekumpulan perisik dan komando elit Rebellion yang diarahkan untuk mencuri pelan binaan Death Star yang asal. Yakni, pelan sama yang dimasukkan ke dalam bank memori R2-D2 dalam filem Star Wars: A New Hope.

Naskah terbaru Lucasfilm ini dilaporkan mempunyai konsep dan mood yang lebih gelap, ganas dan gori daripada semua filem Star Wars yang pernah muncul sebelum ini. Dan daripada bukti yang ada ini, jelas menunjukkan ia semakin menjadi nyata.

Rogue One: A Star Wars Story akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2016

The brand new teaser trailer for “Rogue One: A Star Wars Story” just debuted on Good Morning America and is now available to share with your readers. Lucasfilm’s Rogue One, which takes place before the events of Star Wars: A New Hope, tells the story of unlikely heroes who have united to steal plans to the dreaded Death Star.

The cast includes Felicity Jones, Diego Luna, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Mads Mikkelsen, Alan Tudyk, Riz Ahmed, and Forest Whitaker. “Rogue One” is directed by Gareth Edwards, produced by Kathleen Kennedy, Allison Shearmur, and Simon Emanuel, executive produced by John Knoll and Jason McGatlin, and co-produced by John Swartz and Kiri Hart.

YouTube: https://youtu.be/Wji-BZ0oCwg

Jadi, Budiey nak tahu juga, apa pendapat anda tentang teaser trailer ini? Excited nak tengok full movie tak ni?

AN1-FF-019

AN1-FF-018

AN1-FF-017

AN1-FF-014

AN1-FF-013

AN1-FF-012

AN1-FF-006

AN1-FF-003

AN1-FF-002

AN1-FF-001

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Perkara Yang Berubah Selepas Haiza Hanafi di Konti KOOL FM

Astro Oasis Lancar Program Realiti TAHFIZ MUDA