in ,

Selesai JELAJAH SURIA, Team Pagi Suria Nak Belanja Orang Pantai Timur Pula

Setelah menjelajah ke tiga lokasi sekitar Lembah Klang dan Utara, Jelajah Suria akhirnya melabuhkan tirainya di lokasi terakhirnya di Johor Bahru.

Jelajah Suria ternyata gamat dan meriah dengan persembahan mantap daripada artis jemputan seperti Floor 88, Amir Ukays, Syafiq Farhain, Wani Kyrie, Afieq Shazwan dan ramai lagi.

Team Pagi Suria Belanja Makan

Bagi mengekalkan kemeriahan jelajah ini, SURIA akan menganjurkan mini jelajah yang dinamakan TEAM PAGI SURIA BELANJA MAKAN pada 6 Oktober ini bagi memperkenalkan barisan penyampai Team Pagi Suria iaitu Shahrol, Issey dan Fizi Ali di belah Pantai Timur pula.

Pada 6 Oktober ini, Team Pagi Suria akan belanja sarapan di Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu dan makan malam di Restoran Jamantori Recipe, Kuantan Pahang kepada 100 pendengar pertama yang menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun ke telefon pintar mereka.

Team Pagi Suria Belanja Makan

Pendengar bukan sahaja dapat beramah mesra bersama trio Team Pagi Suria, malah akan turut makan bersama kesemua penyampai seperti Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Anda juga masih lagi berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM25,000!

Jom sertai peraduan Lagu Berduit Bonanza di Suria dan menangi Dengarkan isyarat memanggil iaitu klip audio syiling jatuh ketika segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyi berdasarkan keratan lagu yang dimainkan selama 15 saat. Jika jawapan yang diberikan adalah betul, RM300 akan menjadi milik anda! Sekiranya jawapan anda salah, wang akan digandakan ke segmen yang seterusnya.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Team Pagi Suria Belanja Makan

Team Pagi Suria Belanja Makan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh Stadium Negeri Batu Kawan Meriah

Peraduan Premiere With Budiey Filem BOHEMIAN RHAPSODY