in , ,

Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Budiey.com

Salam pembaca semua, ya sedar tak sedar, Budiey.com kini sudah meningkat usia 7 tahun! Untuk pengetahuan semua yang tengah baca entri ini, blog Sensasi Selebriti bermula pada tarikh 7 Januari 2007. Syukur! Pejam celik-pejam celik… dah pun 7 tahun. Budiey rasa macam baru je semalam kita sambut ulangtahun ke-6. Kalau di usia macam ni dah boleh masuk sekolah darjah satu kan?

Sejuta Penghargaan

[dropcap]D[/dropcap]i kesempatan ini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan. Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Tak kiralah siapa korang, Budiey rasa semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama. Korang memang sporting habis! Juga kepada PR dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang kepada Budiey menghadiri majlis anjuran mereka.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari tahun pertama hinggalah sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin akan hidup sampai hari ini.

Tahun 2010 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Biarlah semua itu menjadi kenangan yang tak mungkin kita lupakan.

Parti Ulangtahun Ke-2: Makan-Makan di BTS

[dropcap]B[/dropcap]udiey rasa macam baru sahaja menyambut ulangtahun ke-2 bersama pembaca di Parti Ulangtahun ke-2. Ingat lagi tak kat mana? Untuk readers yang join, mesti ingat punya. Haa… kita pernah berparti di Restoran Rasa Utara, Tingkat 4, Berjaya Times Square pada 10 Januari 2009 (Sabtu).

Kalau tak silap ada dekat 40 orang pembaca yang join. Walaupun buat di tempat yang sederhana, tanpa sound system dan persembahan artis, namun semua kata, parti ulangtahun ke-2 meriah sebab ramai yang hadir dengan warna tema orange dan putih.

Diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Imran Ajmain, IZ OIAM serta PR Radio Suria FM dan NTV7. Lepas makan-makan, ada cabutan bertuah, kemudian ada sesi potong kek ulangtahun yang berbentuk nombor 2.

Selepas lepak kat restoran Rasa Utara, pembaca semua ramai-ramai ke GSC untuk menonton filem YES MAN beramai-ramai. Itulah serba sedikit imbauan kenangan manis di parti ulangtahun yang lepas.

Parti Ulangtahun Ke-3: Berkaraoke di Neway Karaoke

[dropcap]W[/dropcap]alaupun diadakan agak lewat, sambutan ulangtahun ke-3 yang lalu tetap hangat dengan warna tema merah menyala diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Times Square pada 24 Januari 2010. Party ini ditaja oleb pelbagai pihak termasuklah Maxis, Suria FM, FOX, Disney, Brands, 8TV, Red Comm, ntv7 dan ramai lagi. Party yang dihoskan oleh Ajieb Murai itu dimeriahkan lagi dengan persembahan artis seperti Sabhi Saddi, Iqwal, Hyrul Mentor, Mimi Mystarz LG, IZ OIAM, Rubisa AF7 dan ramai lagi. Turut disampaikan beberapa anugerah kepada pembaca seperti Anugerah Pembaca Paling Setia, pakaian terbaik dan banyak lagi. Kemeriahan party diakhiri dengan sesi memotong kek yang ditaja oleh Sugarflour & SuriaFM dan sesi berkaraoke bersama pembaca.

Parti Ulangtahun Ke-4: Tayangan Premiere FIlem KHURAFAT

[dropcap]U[/dropcap]ntuk party kali ke-4, Budiey rasa sangat bertuah kerana mendapat kerjasama dari pihak Grand Brilliance & Skop Productions yang mengajak pembaca budiey.com untuk menonton filem KHURAFAT yang akan berada di pawagam pada 13 Januari 2010. Ini bermakna korang yang join menjadi antara penonton terawal yang menonton filem lakonan Syamsul Yusof ini. Budiey sudah pun menonton filem KHURAFAT dan apa yang boleh Budiey katakan, filem ini sangat-sangat-sangat seram, formula filem seram yang sukses, ada kejutan, impak bunyi yang buat anda rasa tak senang duduk. Wajib tonton!

Budiey harap, korang enjoy dan tidak memberikan komen yang negatif memandangkan filem ini belum lagi berada di pawagam. Budiey harap korang dapat membantu mempromosikan filem Khurafat kepada kawan-kawan yang lain. Segala komen negatif tentang filem ini seharusnya korang elakkan sebab korang dijemput untuk enjoy dengan filem ini. Tak perlu fikir untuk kasi kritikan yang negatif. Harap korang faham ya.

Parti Ulangtahun Ke-5: Berparty di Zouk KL

Rasanya party ini antara yang paling meriah kerana diadakan di sebuah kelab hiburan terkemuka, Aristo Garden, Zouk KL, Jalan Ampang dengan dihadiri oleh ramai selebriti yang membuat persembahan. Tentunya anda masih ingat kenangan manis berhibur dengan ramai selebriti seperti Adira, Shila Amzah, Tomok, Ning Baizura, Amanda Imani, Awi Rafael, Aliff Aziz, Farawahida, Mimi One Nation Emcees, Min Yasmin, Dior Shahril, Andi A Merican, Keroz Nazri, Awan Band, Liyana Fizi, Najua P.Ramlee, Tengku Aidil, Mia Sara Nasuha, Elfira Loy, Erul AF, Azri AF, Bkay Nair, model kanak-kanak terkenal Nur Aisyah Humairah dan ramai lagi.

Selain memberikan hadiah goodie bag. Budiey.com juga menghadiahkan hadiah-hadiah menarik seperti sebuah iPad2 kepada pembaca yang bertuah melalui cabutan bertuah. Selain itu, hadiah-hadiah lain dari para penaja juga turut diberikan kepada pembaca. Antaranya, seutas rantai mutiara bernilai RM5,000 sumbangan Rafflesia, pakej percutian, tiket terbang ke Osaka, Jepun, kamera digiital, produk kecantikan dan banyak lagi.

Budiey mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5 termasuklah rakan media, para penaja dan juga semua pembaca budiey.com yang sudi memberikan sokongan.

Devil's Due POSTER

Plot outline: After a mysterious, lost night on their honeymoon, a newlywed couple finds themselves dealing with an earlier-than-planned pregnancy. While recording everything for posterity, the husband begins to notice odd behavior in his wife that they initially write off to nerves, but, as the months pass, it becomes evident that the dark changes to her body and mind have a much more sinister origin.

Jemputan Eksklusif Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Sensasi Selebriti

[dropcap]Y[/dropcap]uhuuuuu! Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Sensasi Selebriti bersama beberapa orang selebriti terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, ah-haaa nah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem seram dan suspen terbaru. Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini sempena menyambut ulangtahun ke-7 Budiey.com.

Bagi meraikan para pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan, Budiey dengan kerjasama  20th Century FOX akan mengadakan Tayangan Premiere DEVIL’S DUE:

Kat Mana Tu?
Hall 12, Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara
Klik SINI untuk melihat lokasi

Bila ek?
7 Januari 2014, Hari Selasa

Jam Berapa Start Pendaftaran?
Jam 7.30 malam

Tema?
Warna Tema : Hitam & Putih

Artis & selebriti yang dijemput untuk hadir:

Azhael
SonaOne
Nur Fathia
Miera Leyana
Hanez Suraya
Ila Damia
Zalif Sidek
The Jespers
Asfan Shah
Shiha Mentor
Jihan Musa
Karl Shafek
Hefny
Dior
IZ
Shazroul
Amanda Amani
Min Yasmin
Raja Ilya
Maria JJCM
Awi Rafael
Alvin Anthon

Apa yang pembaca akan dapat?

  1. 1 X goodie bag yang diisi pelbagai barangan & merchandise
  2. Menangi hadiah & hamper di sesi cabutan bertuah
  3. Dapat bertemu & bermesra dengan selebriti
  4. Menjadi antara penonton pertama yang menonton filem DEVIL’S DUE. Terima kasih 20th Century FOX .

[pullquote align=”right”]Sebanyak 160 keping tiket perlu dimenangi dan akan diberikan kepada anda! Cepat hantar penyertaan anda![/pullquote]

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Sensasi Selebriti di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PartyBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere DEVIL’S DUE ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Atau pun ada juga boleh bagi pendapat tentang atau tentang #PartyBudiey atau apa sahaja yang terlintas di hati. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini:  www.facebook.com/foxmovies.my

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PartyBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PartyBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di #PartyBudiey sambil menonton DEVIL’S DUE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
4 Januari 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Fox Logo bw

Terima kasih kepada 20th Century FOX dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 9 Januari 2014

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel FOX Movies : www.youtube.com/foxmalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 7

Feminin Program Bual Bicara Wanita Terbaru di RTM