in

Tayangan Episod Kedua Nur Sajat Rated Xtra Lagi Vass

Seperti yang diketahui umum, program Nur Sajat Rated Xtra yang dibawakan oleh platform OTT ulung di Malaysia, tonton telah pun bersiaran semenjak 28 Februari yang lalu.

Bagi yang mengikuti perkembangan Nur Sajat tentu sekali mengetahui tentang program yang merangkumi 30 episod ini menonjolkan sudut berbeza dan mendalami kehidupan Nur Sajat secara lebih peribadi yang tentu sekali dinanti oleh para peminat.

Tayangan episod kedua Nur Sajat Rated Xtra di www.tonton.com.my sekarang!

Terkini, episod kedua Vlog yang berkonsepkan rakaman realiti ini, ke udara pada hari ini 30 Mac 2018 bermula jam 12 tengah hari. Apa yang menarik pada episod kali ini? Pelbagai kejutan diterima Nur Sajat; siapakah gerangan pemuda yang menghadiahkan ‘sesuatu yang cukup istemewa’ buat Nur Sajat?

Setiap Vlog yang berdurasi 7 hingga ke 11 minit ini juga memperlihatkan sambutan hari lahir Nur Sajat yang telah diadakan di wisma beliau bersama rombongan anak-anak tahfiz juga turut dihadiri rakan selebriti Dato’ Aliff Syukri serta Fasha Sandha pada episod kali ini.

Wisma yang dibina hasil titik peluh Nur Sajat sendiri kini telah pun beroperasi dan diserikan lagi dengan kemeriahan sambutan hari lahir beliau dibawakan secara eksklusif hanya di tonton.

Pihak tonton melancarkan kempen eksklusif untuk waktu terhad, khas bagi peminat Nur Sajat dengan potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP bagi pengguna baharu di Malaysia. Gunakan kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 15 sehingga 30 April 2018.

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati rangkaian drama dan program TV kegemaran secara PERCUMA selain akses meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik.

Langgan pakej tonton VIP di Malaysia yang menawarkan program SIARAN LANGSUNG, saluran premium, kandungan siri original tonton, drama terkini serta arkib hiburan lebih 36,000 jam dengan harga serendah RM 3.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti tonton di platform media sosial:

Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Ada soalan? Ping di perkhidmatan sembang LIVE atau hubungi 03-2717 2020!

tonton xtra – sebuah portal hiburan dan gaya hidup terkini; melengkapkan lagi pengalaman tontonan dalam talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’, xtra juga adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA.

Ketahui gosip terkini, berita hiburan, gaya hidup dan banyak lagi www.xtra.com.my!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Altimet Hadiahkan ‘BUNGA’ Buat Peminat

AirAsia Perkenal Tempat Duduk Mirus Hawk Baharu