in ,

Tayangan Eksklusif Episod Akhir SUAMIKU ENCIK SOTONG

Diam tak diam, drama bersiri paling digemari berjudul Suamiku Encik Sotong kini sudah sampai ke kemuncaknya. Agaknya, bagaimana laa kesudahan kisah Farish dan Erica Soffea? Apakah pula nasib Tengku Izhan dan Dhia? Mampukah kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan? Segala persoalan ini akan terjawab!

Untuk menambahkan lagi rasa hype dan keterujaaan pengikut siri drama ini, Astro akan mengadakan Sesi Tayangan Eksklusif Episod Akhir Suamiku Encik Sotong pada hari Isnin, 9 Mac 2015 ini jam 9.00 malam di The Strand Mall, Kota Damansara.

Temui barisan para pelakon drama bersiri Suamiku Encik Sotong seperti Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin dan Hanis Zalikha.

Juga jangan lepaskan peluang menemui para pelakon dari drama-drama terbaik Astro seperti Isteri Separuh Masa, Cinta Ibadah dan Keluarga Karaoke.

Suamiku Encik Sotong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HMI Terbaik Yuna Hiburkan Penonton TV2

Mercedes-Benz Stylo Fashion Grand Prix 2015