TAYANGAN DAN SEMINAR FILEM PELAJAR DIPLOMA TAHUN AKHIR ASWARA

TAYANGAN DAN SEMINAR FILEM PELAJAR DIPLOMA TAHUN AKHIR ASWARA
(Sempena Festival Seni ASWARA dan Penilaian Tahun Akhir (PeTA 2008)

Kepada syarikat @ penerbit filem/TV yang sedang mencari pekerja mahir di kalangan graduan terlatih dalam bidang perfileman.
Kepada individu-individu yang ingin menyaksikan bakat-bakat muda dengan karya-karya filem yang kreatif dan segar.
Kepada semua insan-insan seni yang meminati karya-karya filem generasi baru.

Setelah 3 tahun menimba ilmu dan pengalaman, inilah masanya mereka memaparkan bakat-bakat sebenar mereka. Mereka semua menimba ilmu, dilatih dan lahir dari sekolah filem ASWARA yang telah menerima banyak pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa (Naib Juara Sekolah Filem Terbaik ASIA 2007 di Festival Filem Asia Lyon ke-13 di Lyon, Perancis).
 
Semua dijemput hadir! Inilah masanya untuk anda menikmati karya-karya filem pendek graduan-graduan Diploma Filem & Video ASWARA Tahun Akhir yang akan keluar ke industri perfileman negara. Hayatilah, nilailah dan hargailah idea-idea kreatif mereka!!!
 
Filem-filem yang ditayangkan adalah karya terbaru pelajar dan pertama kali dipertontonkan di khalayak.
 
MASUK ADALAH PERCUMA!
 
Bila? Dimana?
 
Tempat:
Dewan Kuliah Utama (DKU),
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
 
Tarikh dan masa:
– 19 Jun 2008 (Khamis), 8.30 malam – Sesi Tayangan Filem
– 20 Jun 2008 (Jumaat), 9.00 pagi – 5.00 ptg – Sesi Tayangan Filem dan Penilaian Karya/pelajar oleh panel-panel penilai jemputan.
– 20 Jun 2008 (Jumaat), 8.30 malam – Ulang Tayang Filem
 
Senarai filem pendek pelajar tahun akhir:

  1. “Satu”. format filem: 16mm, warna. 10minit – penerbit: Zulman Zeki & Sharavanan
  2. “Semangat Padi”. format filem: HD. 5m – penerbit: Fathin Alliza, Che Mohd Kahairol Azizi, Hazmir Hassan.
  3. “Burp”. format filem: HD, CGI. 10m – penerbit:Tayanithi & Suhaili
  4. “Aman”. format filem: 16mm, warna. 10m – penerbit: Ahmad Firdaus & Anis
  5. “Saira”. format filem: 16mm, warna. 10m – penerbit: Norfadila, Rafizah & Mohd Tarmizi.
  6. “Bila Punggok Rindukan Bulan?”. format filem: HD. 10m – penerbit: Bennylita Nasuty
  7. “1963”. format filem: HD. 10m – penerbit: Harry Frederick Diglin.

Tayangan ekstra (projek filem pelajar Tahun 2):

  1. “Anak-anak Bumi Tercinta”. format filem: HD. 15m. (adaptasi cerpen Saharil Hasrin Sanin)
  2. “Peristiwa Bunga Telur”. format filem: HD. 15m. (adaptasi cerpen SN Usman Awang)

Pertanyaan:
03-2697 1777 (am)
03- 2697 5376 (wana)
03-2597 5978 (azlim)
03-2697 5337 (Yusniza / Azizi)
Fax:03-2697 5513
e-mail: [email protected]
www.aswara.edu.my

[tags]tayangan, seminar, filem, pelajar, diploma, tahun, akhir, aswara, drama, teater, bunga telur, aswara, akademi, seni, budaya, penerbit, saira, burp, semangat, padi, satu, zulman[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Bachelorette Season 3

Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2