in

Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura

[dropcap]H[/dropcap]otel-hotel unik terus menjadi perhatian di Singapura dengan bertambahnya jumlah pelancong ke sana. Hotel-hotel berkonsep butik ini sering menawarkan pelbagai tarikan bagi mencuri perhatian para pengembara.

Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah hotel Naumi Liora di Singapura. Hotel yang terletak di jalan Keong Saik ini dikelilingi bangunan pasca- penjajahan serta aneka tempat makan dan kafe.

Liora Porch 3 MR

Mendapat sentuhan pereka tersohor di Singapura Gaurang Khemka, hotel ini mengekalkan identiti lama namun gah dengan unsur kemudahan moden yang lain. Bangunan ala-ala era Peranakan tahun 1920-an ini menyerlah sebagai sebuah hotel dengan 79 buah bilik yang sangat unik.

Dengan tiga kategori bilik (Liora Quaint, Liora Heritage, dan Liora Porch), hotel ini menggunakan sisa ruang yang ada dengan begitu bijak sekali. Kesemua bilik dilengkapi kemudahan moden seperti TV LCD, kemudahan internet WIFI percuma dan macam-macam lagi.

Istimewa buat para tamu di lobi, tersedia makanan ringan serta minuman panas percuma sepanjang 24 jam di Nibbles Snack Bar. Dari biskut, keropok sehinggalah ais krim, tamu bebas mengambil sebanyak mana yang mereka mahu di lobi tanpa sebarang bayaran.

Selain itu, terdapat juga sebuah gimnasium yang buka 24 jam bagi mereka yang ingin bersenam dan mengekalkan kesihatan.

Andai anda menyenangi suasana hotel-hotel butik yang unik namun masih selesa dan memberikan perkhidmatan bertaraf dunia, singgahlah di Naumi Liora!

Tarikan Hotel Naumi Liora, Singapura
oleh Shah Shamshiri

naumi1

Naumi Liora Lobby MR

Naumi Liora Nibbles V MR

Liora Porch Outdoor 1 MR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya

Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star