in , ,

Tarik Jeans Persembahkan Koleksi Wanita Buat Pertama Kali di KLFW2019

Tarik Jeans Persembahkan Koleksi Penuh Untuk Wanita Buat Pertama Kali di KLFW2019 di Bawah Jenama Ayu By Tarik.

Ayu by Tarik baru sahaja mempersembahkan koleksi penuh untuk wanita jenama itu baru-baru ini di Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KLFW2019. Masih mengekalkan ciri-ciri unik jenama utamanya iaitu Tarik Jeans, pertunjukan fesyen Ayu by Tarik itu sarat dengan kombinasi visual, muzik dan pelbagai elemen ranggi. Dari pemilihan model sehinggalah ke tatarias, Ayu by Tarik telah berjaya mempersembahkan koleksi penuh pertama mereka dengan cara yang amat tersendiri.

Tarik Jeans di KLFW2019

“Ayu by Tarik adalah surat cinta kami buat semua peminat-peminat Tarik Jeans  terutamanya golongan wanita yang begitu setia dengan kami selama ini.

Sebenarnya Ayu by Tarik telah pun ditonjolkan pada tahun lepas sebagai pengenalan atau ‘preview’ namun pada tahun ini, kami persembahkan ia sebagai hero koleksi ini.

Sudah tentulah ia penuh beremosi – ada rekaan yang bercirikan romantis, melankoli, agresif tanpa meminggirkan semangat jenama ini iaitu rock n roll.

Selain itu, Ayu by Tarik juga amat berbangga kerana telah dipilih oleh KLFW dan pihak United Nations Technology Innovation Lab (UNTIL) sebagai salah satu jenama yang diberi penghormatan bagi menampilkan koleksi bercirikan kelestarian atau ‘sustainability’ pada tahun ini,”

– Mimi Lee, pereka divisyen wanita untuk Tarik Jeans.
Tarik Jeans di KLFW2019

Koleksi tersebut terdiri daripada 20 ‘look’ termasuk 2 ‘look’ yang diambil daripada koleksi kapsul Tarik ASAS dan yang terbaru iaitu Selaseh.

Koleksi kapsul Selaseh adalah diinspirasikan daripada ayam selaseh hitam dan ianya dikeluarkan dengan jaket denim hitam dan seluar jeans hitam dengan potongan ‘slim’ dan ‘straight’.

Tarik Jeans di KLFW2019

Melengkapkan koleksi ini adalah kolaborasi di antara Ayu by Tarik dengan model ternama Malaysia iaitu Tinie.

Koleksi Selaseh dan Ayu x Tinie kini sudah boleh dibeli di laman sesawang Tarik Jeans iaitu www.tarik.my

Ayu by Tarik juga telah menyenaraikan beberapa nama lain sebagai kolaborator di antaranya adalah Suri Lifestyle, Secret Art Touch, Weng Rajaie, Nessy, Yati of Society Vamp dan Gula Gula Handmade. 

Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019
Tarik Jeans di KLFW2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NCIG Mara Setapak Lagi, Laman Web #Not4Kids Dilancarkan

Yang Anda Perlu Tahu Tentang PACKIST FAIR 2019