in , ,

Tarik Diri Hingga Menyusahkan Produksi, Ini Penjelasan Ara Johari

Penyanyi Ara Johari menafikan dirinya artis bermasalah apabila menarik diri daripada menjayakan program terbitan sebuah stesen televisyen (TV) pada saat akhir hingga didakwa menyusahkan produksi mencari pengganti.

Ara mendakwa, faktor kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa menarik diri biarpun menyedari tindakannya itu mengundang rasa tidak senang pihak terbabit.

“Seminggu sebelum rakaman program itu dijadualkan, Ara sudah tidak sedap badan. Ara kena semput. Pada awalnya, Ara yakinkan diri boleh buat program itu. Namun, sehari sebelum program berlangsung, badan Ara tidak bermaya.

“Apabila Ara bangun tidur, tiba-tiba tidak boleh bernafas. Ara beritahu keadaan itu kepada pengurus. Ara boleh terus jayakan program itu, tetapi Ara tidak berani jamin kemungkinan yang bakal berlaku,” 

– Ara Johari
Ara Johari
Ara berharap dapat menghasilkan single baharu tahun ini demi mengubat rindu peminat.

Ara berkata, sebelum ini, apabila diserang semput, Ara mendapatkan rawatan menggunakan mesin nebulizer.

Namun, dalam situasi COVID-19 yang masih belum reda, doktor tidak menggalakkan Ara menggunakan kaedah itu.

“Melihat keadaan diri yang semakin lemah, pada tengah malam sehari sebelum program berlangsung, Ara menghubungi pihak produksi.

“Ara memaklumkan tidak dapat menghadiri rakaman itu,”

– Ara Johari

Biarpun mempunyai alasan kukuh, penyanyi yang popular menerusi lagu Bunga dan Racun Hati ini mengaku dia masih dihantui rasa bersalah atas apa yang berlaku.

“Sebelum ini, Ara ada dengar cerita konon Ara buat hal dengan stesen TV. Ia bukanlah perkara yang disengajakan kerana Ara memang tidak sihat.

“Sehingga hari ini, Ara masih rasa tak sedap hati dengan apa yang berlaku. Ara berterima kasih kepada artis yang menggantikan tempat Ara walaupun pada saat akhir.

“Ara ingin memohon maaf kepada semua pihak jika apa yang berlaku itu menyusahkan mereka,”

– Ara Johari

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 23 tahun ini berharap dapat menghasilkan lagu baharu secepat mungkin.

“Single terakhir, Racun Hati dilancarkan November lalu dan momentumnya semakin perlahan. Ketika ini, syarikat rakaman masih lagi dalam peringkat pemilihan lagu.

“Walaupun tiada tarikh tertentu untuk lagu baharu dilancarkan, Ara berharap single itu dapat menemui peminat, tahun ini,”

– Ara Johari

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan keadaan dan semoga Ara Johari mendapat pengajaran daripada isu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

INNVIRTUAL Platform Digital Yang Memacu Industri Pameran & Acara Secara Virtual

BTS Umum Tayangan Filem Ke-4 Berjudul BREAK THE SILENCE: THE MOVIE