in ,

Tanam Sendiri Buahan, Sayuran & Ulaman, Perkongsian Sari Alam

Harga sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi di pasaran mendorong Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan program “Sari Alam”, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4.30 petang ini di TV1.

Sebagai inisiatif dalam menjimatkan perbelanjaan harian, ketahui infomasi berkaitan khasiat, cara penanaman dan penjagaan tanaman pelbagai sayuran, buah-buahan dan ulam ulaman dalam 26 episod program ini.

Pengusaha-pengusaha tanaman yang diundang teruja berkongsikan tip dan pengalaman mereka dalam mengusahakan bidang pertanian dan teknologi yang dianggap kurang menjadi pilihan ini.

Antara yang dikongsikan dalam episod limau purut atau nama saintifiknya Citrus Hystrix yang diusahakan di Semenyih, Selangor bersama Encik Nasaruddin Ramli; Markisa yang diusahakan pemiliknya Yong Ah Lon di Bentong, Pahang; dan Nanas MD 2 oleh Encik Hafiz Arifin di Janda Baik, Pahang. 

Sari Alam poster

Ketahui juga inspirasi kejayaan tanaman kacang botol yang diusahakan di Bukit Tinggi, Pahang bersama pengusaha Mow Mei Yin; buah bidara di Raub, Pahang bersama Lim Chim Kee; buah tin milik Encik Mohd Syafiq di Janda Baik, Pahang; timun tua bersama-sama Kamarul Norzan; peria yang diusahakan di Bentong, Pahang bersama pengusaha Cheng Tai Wai; dan pucuk gajus yang diusahakan di Sepang, Selangor.

Ketahui juga penjagaan tanaman pegaga yang diusahakan di Selangor bersama Encik Hafizi Riduan; ubi kayu yang diusahakan di Sepang Selangor oleh Salihudin Nordin; pisang Tampuk yang diusahakan di Sepang bersama pengusaha tanaman Solikin Sulaiman berkongsi pengalaman dan maklumat penjagaan sehingga boleh di tuai.

Saksikan juga episod berkaitan tebu kuning, kacang panjang, halia Bentong atau nama saintifiknya Zingiber Officinalea yang masing-masing diusahakan di Bentong, Pahang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YUNA

Pecah Tradisi! Yuna Asia Tour Bertemu Penggemar di Borneo 27 Oktober

Siri Jelajah Album Amir Masdi Sukses! Peminat Pulang Bawa Kepuasan!