in ,

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’

Anak gadis Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk dalam tempoh 7 bulan, antara diraikan di Majlis graduasi Haflah Takrimiyah AKMAL

Selepas lima tahun melebarkan perjuangan dan amanah murni melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dan Syahadah, Akademi Al Quran Amalilllah atau AKMAL menambah lagi lima cawangan baharu tidak lama lagi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan akademi itu sebanyak 10 dan secara tuntasnya memperbanyakkan lagi ruang dan peluang melahirkan ‘fast track’ tahfiz dalam tempoh kurang setahun.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’
Iman Mardhiah, Pelajar terbaik keseluruhan

Sehingga kini akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail, pihaknya terus berdaya saing dan optimis menerusi penambahan lima lagi cawangan baharu.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’
Pengerusi AKMAL bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang

“Lima cawangan baharu yang akan dibuka ialah di Seremban (Negeri Sembilan), Sungai Petani (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kelantan dan Kuantan (Pahang).

“Usaha kita untuk terus melebar dan mengembangkan pengaruh AKMAL takkan pernah berhenti. Semua ini jihad dan harap ia dipermudahkan sentiasa,” katanya.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’
Ustazah Asma Harun  dan suami Ustaz Tengku Fadzli meraikan kejayaan puteri mereka, Tengku Maisarah Hafizah Al-Quran dalam tempoh 7 bulan di AKMAL.

Hussin berkata demikian ketika berlangsungnya acara Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi AKMAL 4.0 tanggal 5 Jun lalu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Majlis yang dihadiri 2000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang mantan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diserikan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’

“Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 4.0 ini menyaksikan 140 orang pelajar tamat pengajian dengan cemerlang termasuk sembilan daripadanya bergelar Syahadah.

“Kita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan iaitu Tengku Maisarah yang juga anakanda kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun dan suami, Ustaz Tengku Fadzli.

“Puteri ketiganya itu menjadi Hafizah Al-Quran dalam tempoh tujuh bulan di AKMAL. Kejayaannya dan semua amat membanggakan kami dan tentunya keluarga mereka,” katanya.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’

Hussin dalam pada itu turut mempelawa lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai AKMAL.

“Nak anak anda menjadi Hafiz dan Hafizah Al-Quran dalam tempoh setahun? InsyaAllah boleh.

“Temuduga pengambilan pelajar baru kemasukan kini dibuka, boleh daftar segera di: Hafizsetahun.com. Untuk Tahfiz online boleh daftar di Tahfizonline.com ,” katanya.

Sementara itu, Ustazah Asma turut berkongsi kegembiraan dan kesyukuran di platform laman sosial mengenai kejayaan puterinya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’
Foto Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail

“Allahu Akbar, sungguh sebak dan sayu. Saya sendiri baru tahu anakanda kami, Maisarah (Tengku Maisarah) berjuang dalam tempoh 7 bulan 10 hari untuk khatam hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

“Maklumat tersebut saya baca daripada jemputan rasmi acara dianjurkan. Kami memang menyaksikan kesungguhan, nekad dan air mata kelelahan Maisarah.

“Kami tak pernah memaksa atau meminta untuk Maisarah selesaikan hafazan dalam tempoh yang secepat ini. Namun, setiap kali jumpa, Maisarah akan minta doa dan beritahu bila impian khatam hafazannya.

“Semua dengan izin dan pertolongan Allah jua. Terima kasih semua termasuk para guru dan pihak AKMAL. Juga kalian yang selama ini turut mendoakan, moga kembali pada kalian,” kata Ustazah Asma.

Tambah Lagi Lima Cawangan, AKMAL Mahu Terus Lahir Tahfiz ‘Fast Track’

Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya di Facebook rasmi menyingkap semula ucapan yang diberikan ketika majlis berlangsung.

“Dalam ucapan, saya menyebut Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia. Al-Quran menerangkan semua ilmu yang ada dalam kehidupan manusia sama ada ilmu wahyu atau ilmu dunia.

“Apa yang penting ialah kita mesti memahami bagaimana menjadi al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan manusia.

“Menjadi kewajipan untuk mendalami ilmu selepas daripada kejayaan untuk menghafal Al-Quran dan disambung pengajian ilmu itu dalam pelbagai bidang.

“Pelajar yang menghafal Al-Quran didapati lebih mudah untuk memahami ilmu lain tidak kira dalam mana-mana lapangan. Atas dasar tersebut, kita mesti terus beramal dengan Al-Quran. Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang Tuhan berikan kepadanya, Tuhan tambahkan lagi ilmunya,” kongsinya.

Untuk layari Facebook Akademi Al-Quran Amalillah – AKMAL : KLIK SINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Kahwin Dengan Dia Supaya Boleh Jaga Anak-Anak,” – Shuib

Aedy Ashraf Kini Lebih Fokus Dalam Perniagaan Kentang Goreng FAM FRIES