in , ,

TAKDIR YANG TERTULIS & MELASTIK KE HATIMU Berjaya Memaku 19 Juta Penonton di Sofa

Drama yang menjadi fenomena di slot Samarinda, Takdir Yang Tertulis telah melabuhkan tirainya dengan meraih 5 juta penonton pada episod akhir dan 9 juta penonton sepanjang 15 episod.

Begitu juga dengan Melastik Ke Hatimu di slot Lestary juga berjaya menarik minat 5 juta penonton pada episod akhir dan meraih 10 juta penonton sepanjang bersiaran selama 13 episod. (sumber: Nielsen 2021). Drama terbitan Radius One Sdn Bhd (Takdir Yang Tertulis) dan Orangetree Sdn Bhd (Melastik Ke Hatimu) ini telah mula bersiaran di TV3 pada 21 Januari lalu telah mendapat maklum balas yang memberansangkan daripada penonton malah ramai yang mengharapkan sekuel untuk kedua-dua drama ini.

Menurut Pengarah Kumpulan Jenama, Kandungan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin, “Penghasilan sebuah drama yang baik sudah cukup mencabar sebenarnya, apatah lagi untuk menghasikan sebuah drama yang digemari oleh penonton sehingga tular di media sosial untuk setiap episod. Pujian ini wajib saya tujukan kepada seluruh tenaga produksi dan para pelakon yang menjayakan drama-drama ini. Dari segi pengarahaan yang bijak dalam pengolahan watak dan penceritaan, penulisan yang baik dalam menghasilkan plot yang menarik dan keberkesanan para pelakon menzahirkan watak-watak yang dibawa. Dengan kejayaan dua drama ini, membuktikan bahawa industri drama tanah air tidak ketandusan idea bagi memenuhi citarasa penonton. Sebagai sebuah stesen televisyen, kami sentiasa berkobar-kobar untuk bekerjasama dengan bakat-bakat produksi hebat dalam menghasilkan drama yang dekat dengan kehidupan seharian penonton.”

PrintAd_Semua Salahku_33cmx8col_BM 5

Setelah dua drama melabuhkan tirai mereka, dua lagi drama mengisi slot Lestary dan Samarinda. Drama yang pernah menambat hati penonton di Slot Lestary: Semua Salahku  yang diterbitkan oleh A. Aida Production, kembali menemui penonton bermula pada 12 Februari lalu. Lakonan Fasha Sandha bergandingan dengan Nafiz mengisahkan tentang Haris tinggal berdua bersama ibunya Sofea setelah kematian ayahnya. Sofea perlu bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka anak-beranak. Namun, keinginan Sofea untuk mengahwini suami kaya membuatkan dia menggunakan duit gajinya untuk bergaya dan mengabaikan keperluan Haris serta ibunya. Haris pula bergaul dengan rakan yang salah dan mula merompak dan ditahan oleh pihak polis.  Adakah Sofea sempat memohon keampunan dari ibunya dan bagaimana pula dengan nasib Haris? 

Aku yang kau gelar Isteri - Poster 3

Manakala, Samarinda: Aku Yang Kau Gelar Isteri, arahan Shuhaimi Lua, terbitan Tanah Beris Film Production baharu saja menemui penonton pada 17 Februari lalu. Drama yang mengetengahkan perbuatan khurafat ini mempunyai unsur seram tetapi sarat dengan nilai pengajaran. Lakonan Dato’ Adi Putra (Eizlan) dan Nadia Brian (Raihani) mengisahkan tentang kehidupan bahagia keluarga pasangan ini bersama dua orang anak mereka iaitu Rais dan Ain. Kemunculan Laila (Sharifah Sakinah) ke kampung telah membuatkan Eizlan tidak keruan kerana terkejut dengan ketrampilan Laila yang sangat berbeza berbanding dahulu. Semasa remaja, Laila menaruh hati terhadap Eizlan tetapi kecewa apabila Eizlan berkahwin dengan Raihani. Sejak itu, Laila menyimpan perasaan dendam dan berusaha untuk memecah belahkan kehidupan bahagia Eizlan dan Raihana. Adakah sihir dan perbuatan khurafat Laila berjaya memecah belahkan rumahtangga Eizlan dan Raihani hingga ke akhirnya?

Saksikan kesudahan slot Lestary Semua Salahku setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam dan Samarinda Aku Yang Kau Gelar Isteri setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. Dapatkan maklumat lanjut drama-drama ini di xtra.com.my dan laman-laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Drama Sangat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dari Artis Underground, Kini Eemrun Bangkit Berjuang dengan EMOSI

tony fernandes airasia-2020

IKHLAS Sasar Bantu Lebih 2,000 Pelajar Melalui Kempen #Save2020SPM