in ,

“Tak Syak Siapa Sebab Tiada Musuh,”- Mikail Andre Dedah Keluarga Alami Gangguan Mistik

Enggan terus menyembunyikan keperitan yang menimpa keluarga selepas hampir lima tahun kehidupan diselubungi kisah misteri dan pelbagai kejadian aneh, anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan iaitu pelakon Mikail Andre akhirnya tampil mendedahkannya.

Ujar Mikail atau nama sebenarnya Mohammad Mikail Andre Nazrul Andre, 29, dia dan keluarganya sudah tidak tahan apabila gangguan yang diterima mereka semakin kerap dan mengerikan. 

“Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk… ia berlaku hari demi hari. Mula-mula cermin tingkap jenis sliding pecah, hari berikutnya pula anak saya pecahkan gelas… jadi ia seperti ada perkara tak elok. Tiga hari lepas tu ada ular tedung senduk besar masuk dalam rumah sampai meremang bulu roma bila kejadian tu berlaku,”

– Mikail Andre
Mikail Andre

Kisah gangguan misteri membabitkan Mikail mula mengundang kebimbangan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu di Facebook. Rata-rata peminatnya turut melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berkenaan yang dianggap sebagai tidak bermoral jika benar ia ada kaitan dengan penggunaan ilmu hitam. 

“Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu. Baru-baru ni pula saya dan mak tengah makan dekat ruang tamu, lepas itu kami terhidu bau kemenyan. Apa yang pelik ialah hanya saya dan mak je yang bau, ayah pula tak hidu apa-apa. Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya, tapi tahu dia tuju kepada siapa,”

– Mikail Andre

Enggan menuding jadi atau menuduh mana-mana pihak, Mikail hanya berfikiran positif dan menerima kejadian tersebut sebagai ujian:

“Walaupun ustaz beritahu ini buatan orang tapi kami tak syak siapa-siapa pun sebab tak ada musuh dan tak pasti dari siapa. Apa yang boleh kami buat hanya ikhtiar dan banyakkan amalan wajib,”

– Mikail Andre

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Hulur Bantuan, Datuk Seri Vida Dikecam, Anaknya Cik B Terima Pujian Netizen

Isu Langgar SOP, Mawar Rashid Mengaku Salah, Tak Tuding Jari