in , ,

“Tak Sangka Itu Ciuman Terakhir Dari Anak Saya,” – Ibu Sandra Dianne

TUARAN: “Arwah menggerakkan kedua-dua tangan seolah-olah berusaha untuk bangkit daripada koma.”

Nur Syakinah Abdullah, 46, ibu penyanyi, Allahyarham Sandra Dianne, 26, berkongsi detik bersama arwah ketika ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya, sebelum menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

MUKA DEPAN -5

“Pada dua insiden iaitu Ahad dan Selasa lalu, Sandra dilihat menggerakkan kedua-dua tangan seolah-olah berusaha untuk sedar daripada koma.

“Namun, selepas dua kejadian ini, tidak ada maklum balas diberi Sandra,”

– Nur Syakinah Abdullah

Mengimbas kembali kenangan bersama anaknya, Sabtu lalu, Nur Syakinah berkata, Sandra tampak bersemangat sebelum keluar rumah ditemani sepupunya, Jessica R James Majanah, 21, yang menjadi pembantu sejak mula bersaing di pentas Big Stage 2020.

QUOTES-4

“Selepas mandi dan bersiap, Sandra meluangkan masa bermain dengan adik tirinya.

“Setiap kali sebelum keluar dari rumah, Sandra mencium tangan saya. Namun, saya tidak sangka, itu adalah ciuman terakhir daripada anak saya,”

– Nur Syakinah Abdullah

Nur Syakinah sedar anaknya agak murung selepas persembahan pada konsert lalu. Namun, seluruh anggota keluarga dan rakan-rakannya tidak henti-henti memberi semangat.

WhatsApp_Image_2020-09-11_at_9.23.58_PM_1599865011

“Sandra sepatutnya memakai baju panjang berwarna kelabu yang saya simpan sejak tahun lalu ketika mendendangkan lagu Nuri nyanyian Ella pada pertandingan itu,”

– Nur Syakinah Abdullah

Nur Syakinah Abdullah berharap orang ramai yang menemui telefon bimbit milik Sandra dapat memulangkannya kerana gajet itu menyimpan banyak foto kenangan.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, di sini, pada jam 5.45 petang tadi.

Sandra meninggal dunia pada jam 1 pagi tadi, selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Sabtu lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Kongsi Pengalaman Pelik Bergelar Artis di BEGITU BEGINI DJ NAZZ

Siti Nurhaliza Lancar Merchandise Istimewa Buat Sitizoners