in , ,

“Tak Sangka Ada Cikgu Pencuri Hati…,” – Elly Mazlein

Saban tahun, sambutan Hari Guru bukan sahaja menjadi acara wajib dianjurkan di sekolah seluruh negara, tetapi juga pastinya diraikan secara meriah dan menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan pelajar khusus untuk golongan pendidik itu.

Bagaimanapun pada tahun ini, sambutan itu tidak dapat direalisasikan di sekolah memandangkan negara berdepan penularan pandemik COV1ID-19 sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan institusi pendidikan turut ditutup, malah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dikendalikan melalui kaedah dalam talian di rumah.

Elly Mazlein

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun, bintang versatil Elly Mazlein tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat suami, Mohammad Azlan Che Noh yang juga merupakan seorang pendidik.

Ingatan sama turut didedikasikan buat semua guru di negara ini.

Kongsi Elly, jasa mereka akan terus dikenang.

“Selamat hari Guru Buat Papa Awan Nano Dan semua guru-guru. Kegigihan mngajar kami Akan dikenang.

“Terima Kasih Guru Wahai Cikgu. Tak sngka ade Cikgu pencuri hati GADIS yg bernama kepompom kesuma Jiwa Laksana Bulan Purnama Parking di B1 D Sunway Pyramid.

“Selamat Hari Guru. Nak tanya, ada sapa2 x yg brani lawan nama GADIS itu?,” tulisnya dalam kapsyen humor.

– Elly Mazlein
Elly Mazlein

Mengajar mata pelajaran Geografi, suaminya yang sinonim dipanggil Papa Awan Nano mendirikan rumah tangga bersama Elly pada 18 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Elly.

Akhir kata Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda semua dalam mendidik anak bangsa kita.

“Terima kasih cikgu!”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang MacBook Pro 13′ 2020

Lama Berdiam Diri, Ogy Ahnad Daud Mula Respon Kecaman Netizen