Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Tak Pernah Delete Pasal Ex, Lelaki Nangis Susah ‘Move-On’ Lepas Buka Pendrive

Tidak ada seorang pun yang mengharapkan sesebuah hubungan cinta itu terputus di tengah jalah. Malah sekuat mana pun cuba dilupakan, jika sudah menjadi ketentuan takdir pastinya fasa ‘move on‘ itu sangat perit untuk dilalui seperti lelaki ini.

Harini genap setahun perkenalan dengan ex.. Dalam pendrive ni ada semua tentang dia

Menerusi aplikasi TikTok, pemuda bernama Shahir menunjukkan sebuah pendrive yang digunakan untuk menyimpan segala kenangan bersama bekas teman wanitanya. Mengenangkan genap setahun perkenalan mereka, dia nekad untuk membuka isi peranti tersebut bagi merawat rindu yang bertandang di hati. Dapat dilihat, folder tersebut turut berisi beberapa foto serta video kenangan bersama wanita berkenaan yang tidak pernah dipadam.

Sakan belek semua gambar & video kenangan sampai tak sedar gugur air mata jantan

Dalam pada asyik menatap semua foto dan video kenangan bersama wanita itu, tanpa disedari matanya sudah mulai berkaca. Perit untuk menelan hakikat kehilangan insan tercinta, pemuda tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti daripada membelek folder yang lain. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun dia bersyukur kerana mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain.

@caerajaliii

23/11 🙂

♬ original sound – shahir

Tak semua lelaki sama.. kuat diri untuk move on

Simpati, demikianlah perasaan yang dirasai oleh netizen selepas melihat luahan yang dibuat lelaki ini. Tidak kurang juga yang mendoakannya agar terus tabah dalam menempuhi fasa ‘move on‘.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version