in ,

“Tak Perlu Pakai Macam Pelacur Untuk Reviu Produk,” – Zarina Anjoulie Bidas Influencer Seksi

Zarina Anjoulie menempelak segelintir influencer atau personaliti media sosial yang memakai pakaian menjolok mata demi melariskan produk yang direviu. Kata Zarina, tiada guna untuk menarik perhatian netizen dengan berpakaian tidak senonoh walhal produk yang ingin dijual tidak mendapat sambutan.

Setiap selebriti dan personaliti media sosial (influencer) pasti ada cara tersendiri untuk mempromosikan produk yang diberikan kepada mereka.

Akan tetapi kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai tindakan segelintir personaliti media sosial, yang memilih untuk mempromosikan produk dengan memakai pakaian menjolok mata untuk melariskan produk yang dipromosikan.

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai tindakan segelintir personaliti media sosial memakai pakaian menjolok mata demi melariskan produk yang di promosikan sekaligus mengundang kecaman netizen. Perkara itu turut mendapat perhatian Zarina Anjoulie yang menempelak tindakan tersebut. Menurut Anju, tiada guna untuk menarik perhatian netizen dengan berpakaian tidak senonoh sedangkan produk yang dijual tidak mendapat sambutan.

“Ada beberapa orang cakap aku pakai selekeh ketika reviu. Untuk akulah orang bayar aku untuk lakukan produk mereka.

“Influencer lain kebanyakannya tak berbaloi sebab menayang. Habuk pun tarak, jadi motif kau pakai macam GRO tapi jualan tak banyak? Kau pakai seksi kau kena hina. Orang bayar bukan untuk kau lacurkan badan atau dikecam,”

– Zarina Anjoulie
"Tak Perlu Pakai Macam Pelacur Untuk Reviu Produk," - Zarina Anjoulie

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Anju berkata dia lebih selesa dengan imejnya yang tidak bersolek atau berpakaian seksi kerana di dibayar untuk mempromosikan produk pelanggannya dan bukan menerima bayaran untuk berpakaian tidak senonoh semata-mata melariskan produk.

“Saya di kampung, saya banyak kerja. Pergi pasar, kejar ayam dan malas nak tukar baju. Pemilik produk membayar saya untuk menjual barang mereka, bukan untuk pakai macam pelacur untuk lariskan barang mereka. Tak ada gunanya,” katanya.

“Mereka tak kisah kalau saya pakai plastik sampah sekali pun asalkan barang laku. Sebab itulah kontrak saya dapat disambung, sebab saya real,”

– Zarina Anjoulie

Dedah Anju, suaminya juga pernah menyatakan hasrat untuk melihatnya bertudung semula.

“Saya ada suami, dia nak saya pakai tudung, berjubah… Tapi belum sampai waktunya. Selagi boleh tutup saya tutup. Saya jenis orang yang ringkas dan tak pandai nak bergaya. Sebab itu juga suami saya suruh pakai kemeja-T besar kalau di rumah,”

– Zarina Anjoulie

Rata-rata netizen berpendapat kata-kata dari Zarina ini ditujukan kepada Fara Mendoza memandangkan ramai yang memetik nama Fara Mendoza di dalam komen mereka.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Warner Bros. Dedah Pandangan Pertama THE CONJURING: THE DEVIL MADE ME DO IT

Penyakit Autoimun & Bipolar, Akhirnya Putera Mateen Dedah Penyakit Sebenar Putera Azim